Sembahyang Hari Raya

Sembahyang Aidil Fitri tahun ini telah diadakan di Masjid Malabar Hidayatul Islam dengan hampir 300 orang menghadirinya. Aktiviti masjid sememangnya mendapat sambutan yang semakin menggalakkan. Ini termasuklah kelas mengaji, kelas Fardu ain, sembahyang terawih sepanjang Ramadan dan Qiamul Lail yang diadakan pada malam 27 Ramadan. Pada hari raya kali ini E-malabari network telah turut mempamerkan beberapa artikel tentang 'sambutan hari raya malabari diserata dunia' di papan kenyataan masjid, hasil sumbangan masyarakat malabari.
Orang ramai mula berkumpul di masjid sejak dari pukul 8 pagi lagi. Mereka terdiri dari lelaki, kanak-kanak dan sebilangan kecil wanita kesemuanya datang dengan pakaian baru dan kelihatan berseri-seri di pagi raya. Takbir dimulakan menyanjung kedatangan hari raya yang di berkati ini.
Sembahyang hari raya di mulakan tepat pada pukul 8.30 pagi. Imam telah mengingatkan kembali cara sembahyang hari raya sebelum sembahyang di mulakan. Setelah sembahyang khutbah dimulakan ynag dibaca keseluruhannya dalam Bahasa Arab.
Setelah itu Sdr Major (rtd) Hj Abu Bakar, Presiden Masjid Malabar telah berucap sepatah dua kata.Selain dari meminta maaf sempena hari raya, belaui mengingatkan para hadirin tentang pembukan rasmi masjid yang akan diadakan pada 11/12/2003 oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Oleh kerana majlis tersebut akan diadakan pada hari Khamis bermula 3.330 petang iaiaut hari bekerja, beliau meminta para malabari termasuk wanita, supaya meminta pelepasan kerja separuh hari pada hari tersebut untuk menyerikan majlis tersebut. Kad jemputan ke majlis tersebut juga telah diedarkan kepada para hadirin pada hari tersebut.
Kemudian imam masjid telah memberi ceramah pendek tentang apa yang diperkatakan dalam khutbah sebelumnya dan megajak kaum malabarikhususnya dan orang Islam umumnya bersatu untuk maju dan memaafkan serta melupakan perbezaan yang mungkin ada diantara mereka.Majlis telah bersurai setelah menjamu juadah ringan yang disediakan oleh masjid.