Sembahyang Hari Raya dan Ibadah Korban 1426 H di Surau Malabar.

10 Jan 2006.Sambutan pertama yang diadakan di Surau Malabar pada tahun 2006 adalah Solat Hari Raya Aidil Adha serta Ibadah Korban. Ibadah korban kali ini memperlihatkan sebanyak 7 ekor kerbau dikorbankan, bilangan yang paling banyak setakat ini.
Solat Hari Raya bermula pada pukul 8.30 pagi dengan hampir 400 orang menghadirinya. Laungan takbir berkumandang dari pukul 8 pagi lagi. Imam telah memberi penerangan kepada para hadirin di dalam Bahasa Malayalam dan Bahasa Malaysia. Setelah solat dan khutbah, sembahyang mayat ghaibtelah diadakan diikuti oleh tazkirah pendek di dalam bahasa Malayalam. Majlis kemudiannya telah bersurai ke Dewan Terbuka Surau Malabar untuk menjamu makanan yang disediakan.
Ibadah korban dimulakan sejurus kemudian. Sebanyak 7 ekor kerbau telah disembelih. Kerbau dipilih untuk korban kerana ianya mempunyai tempat yang tersendiri di dalam permakanan masyarakat Malabari. Kebanyakan penyembelihan telah diwakilkan. Kesemua daging kerbau siap dibunkus pada lebih kurang pukul 2.30 petang. Lebih kurang 760 kilo daging telah dibungkus pada hari tersebut. Pengedaran daging juga telah berjalan dengan lancar. Orang ramai bersurai pada lebih kurang 3.30 petang.
Jawatankuasa surau