14 Mei 2003- Umat Islam di seluruh dunia
menyambut hari Maulidur Rasul secara besar-besaran pada 12 Rabiul Awal
setiap tahun. Sambutan Maulidur Rasul turut dirasai oleh masyarakat Malabari
di sekitar kawasan Selangor, Negeri Sembilan dan juga Kuala Lumpur pada
14/5/2003 yang lepas bersamaan 12 Rabiul Awal tahun 1424 H. Sambutan
Maulidur Rasul ini merupakan sambutan buat kali ke - 3 di Masjid Malabar
Hidayatul Islam di Selayang. Ianya dianjurkan oleh Kerala Muslim Jamaat
dengan sokongan Persatuan Malabari Malaysia dan Masjid Malabar Hidayatul
Islam.
Persediaan untuk perayaan Maulidur Rasul ini
telah bermula sejak beberapa bulan yang lalu. Untuk melancarkan majlis ini
dengan teratur KMJ telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengendalikan
majlis Maulud diketuai oleh Major Haji Abu Bakar.
Sambutan Maulud Rasul kali ini telah berjalan
dengan lancar. KMJ telah dapat mengutip derma yang dianggarkan sebanyak RM
51,000.00. dari sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan,
Sambutan yang diberikan oleh Persatuan Malabari
Malaysia ( PMM ) sungguh menggalakkan. Mereka juga telah menganjurkan gotong
royong di sekitar kawasan masjid sempena hari tersebut.
Selain daripada menyumbang wang terdapat juga
sesetengah masyarakat Malabari di sini yang menyumbang tenaga dan juga
peralatan untuk menjayakan sambutan Maulidur Rasul ini. Sementara itu ada
juga yang sanggup untuk menyediakan sarapan pagi untuk sukarelawan pada hari
tersebut. Terdapat juga beberapa individu malabari yang menyediakan peti
sejuk untuk menyimpan ayam -ayam yang telah digaul dengan rempah.
Pada 11 Rabiulawal segala kerja-kerja memasak
telah dimulakan pada pukul 4.00 petang dengan pembasuhan ayam sebanyak 7000
ketul. Ini diikuti penggorengan ayam bermula pada pukul 5.00 petang
oleh sukarelawan Masjid Malabar di ketuai oleh saudara Hj Salim. Kerja-
kerja menggoreng ayam telah selesai pada pukul 5.00 pagi 12 Rabiulawal.
Pekerja sambilan telah diambil untuk melakukan kcrja - kerja memotong,
pembasuhan dan pembersihan
Suasana Maulidur Rasul bertambah meriah dengan
pembacaan Maulud sebelum Subuh diikuti kerja memasak nasi minyak pada pukul
7.00 pagi 12 Rabiulawal. Ini diketuai oleh Saudara Haji Abdullah Ahmad Kutty
Apabila sukarelawan Malabari telah ramai, kerja - kerja pembungkusan nasi
telah dimulakan pada pukul 8.30 pagi dan tamat pada pukul 1.00 tengahari.
Kotak Plastik untuk Pembungkusan Nasi, sambal serta manisan telah
disumbangkan oleh En Ibrahim.
Sementara itu Imam Masjid Malabar
iaitu Ustaz Abdul Kareem telah memulakan Ceramah Maulud pada pukul 12.30
tengah hari. Sesi ceramah diadakan dengan lancar dan dilampirkan kisah-kisah
sejarah kehidupan Rasulullah s.a.w . Ini diikuti oleh jamuan makan tengah
hari di perkarangan masjid. Setelah sembahyang Zohor, pembacaan Maulud
berlangsung sehingga pukul 3 petang.
Pengagihan nasi dimulakan pada pukul
3.00 petang. Bilangan bungkusan makanan diedarkan berdasarkan kepada token
yang boleh didapati di kaunter Jamaat. Kerja pembahagian nasi yang berjalan
dengan lancar dan teratur, selesai pada pukul 4.00 petang.Sebanyak 7000
bungkusan nasi telah diedarkan pada hari tersebut. Selepas itu kerja- kerja
pembersihan dijalankan di sekitar kawasan masjid dan telah selesai pada
pukul 5.30 petang.
Semoga dengan sambutan Maulud Rasul masyarakat
Malabari akan terus rnengembangkan Syiar Islam seperti yang diingini oleh
Rasulullah S.A.W. dan masyarakat Malabari akan terus dikenali di Malaysia.