Sambutan Maulud ur Rasul 1425

Seperti tahun-tahun yang lepas, masyarakat Malabari disekitar Kuala Lumpur dan Selangor turut serta menyambut hari Maulidur Rasul di Surau Malabar Hidayatul Islam, Selayang Seperti tahun-tahun yang sudah, majlis Maulud dan edaran nasi secara besar besaran ini dianjurkan oleh  Kerala Muslim Jamaat

Persediaan untuk menghadapi majlis ini telah dimulakan oleh Jamaat dari awal lagi. Seperti biasa, pungutan derma maulud telah diadakan dibuat dari rumah ke rumah masyarkat Malabari sehingga ke negeri yang berjiranan dengan negeri Selangor. Menurut Sdr Omar Timbalan Presiden presiden Jamaat jumalh pungutan menjangkaui 40 ribu ringgit.

Makanan yang diedarkan adalah bungkusan rendang dan nasi minyak rendang dan Bahagian memasak rendang diketuai oleh Tuan Haji Salim. Beliau serta pasukannya telah mula penyediaan rendang dari pukul sepuluh pagi hari sebelumnya. Menurut beliau sebanyak 1000 kilo daging dibeli dan dimasak pada hari tersebut. Nasi minyak pula disediakan disediakan dibawah kelolaan Sdr Ismail. Menurut beliau pula sebanyak 800 kilo nasi minyak telah dimasak. Penyediaan nasi  ini telah selesai pada pukul 11 pagi hari Maulud.

 

 

Sementara itu majlis ceramah dan bacaan maulud telah diadakan didalam Surau di mulakan pada hampir pukul 12.30 tengahari. Ceramah diberikan oleh Imam Abdul Kareem menekankan pada kesatuan masyarakat Islam serta kepentingan hari Maulud. Ceramah berikut diberikan dalam Bahasa Malaysia diikuti dengan sembahyang Zohor.Seterusnya para tetamu telah menjamu selera makan tengahari di tempat makan yang berkhemah di hadapan pejabat Jamaat. Seterusnya ceramah telah diteruskan dalam Malayalam  yang juga menekankan tentang kesatuan di kalangan Malabari. Setelah Presiden Jamaat menyampaikan ucapan pendeknya, majlis diteruskan dengan bacaan maulud dan diakhiri dengan sembahyang Asar.

Sementara itu proses pembungkusan nasi dijalankan dengan lancar dengan bantuan para sukarelawan. Bungkusan nasi kali ini dibuat dengan kertas dimana nasi dan rendang dibungkus sekali. Menurut Sdr Musa setiausaha Jamaat, sebanyak 8000 bungkusan nasi telah diedarkan pada hari tersebut.Pejabat Jamaat telah ditukar manjadi tempat menyimpan bungkusan nasi sebelum diedarkan. Wakil- wakil dari kawasan jauh telah menerima nasi dahulu. Mereka yang lain telah menerima bungkusan nasi selepas sembahyang Asar.

Jawatan kuasa surau juga telah mengambil kesempatan ini untuk memungut derma surau dan mengedarkan cenderamata serta bulletin yang telah dilancarkan pada hari sebelumnya. Sambutan yang diterima dari para pengunjung amat menggalakan.

Kami  dapati majlis kali ini telah berjalan dengan lancar. Satu masalah yang sering didapati dalam majlis seperti ni adalah bungkusan nasi yang rosak. Masalah ini mungkin dapat diatasi dengan melewatkan waktu memasak, membungkus nasi dan  kuah secara berasingan dan mempercepatkan waktu pengedarannya. Secara keseluruhannya majlis ini telah berjaya menunjukkan kerjasama yang membanggakan oleh anggota masyarakat Malabari.