Saudara Bekas Presiden Kerala Muslim Jamaat sakit tenat

6 April 2004. Saudara Osman bin Haji Mohamed telah dimasukkan ke wad di Hospital Besar Kuala Lumpur dan sedang berada dalam keadaan kritikal di sana. Beliau yang  merupakan bekas Presiden Kerala Muslim Jamaat Selangor dan Wilayah Persekutuan telah pun masuk ke wad hampir  seminggu.

Pada mulanya beliau telah pergi ke Hospital Kuala Kubu Bharu yang  berhampiran dengan tempat tinggal beliau apabila terdapat tanda-tanda sakit.. Beliau seterusnya di hamtar ke Hospital Besar  Kuala Lumpur untuk menerima rawatan lanjut. Keadaan beliau tiba-tiba menjadi lebih tenat semasa dalam rawatan. Pada masa kini keadaanya agak stabil tetapi kritikal.

Saudara Osman 41 tahun,  merupakan seorang pemimpin  yang berwawasan dan berkebolehan. Ayah kepada 3 orang kanak-kanak ini berkecimpung dalam bidang perniagaan.Beliau yang banyak terlibat dalam aktiviti sosial sememangnya disukai ramai disebabkan perwatakan beliau yang sederhana dan bijak. Tidak hairanlah terdapat ramai anggota masyrakat yang bersembahyang hajat dan doa selamat yang diadakan disana-sini.

Marilah kita mendoakan agar Sdr Osman cepat sembuh dan kembali bersama-sama kita dalam keadaan sihat . Moga-moga Allah memberkati kita semua dengan RahmatNya dan ShifaNya. Amiin

webmaster