berita e-malabari

Perunnal Virunnu 2004

12/12/2004. Persatuan Malayalee Klang yang juga dikenali sebagai Mamangam telah mengadakan Perunnal Virunnu iaitu Majlis Makan Hari Raya, pada hari ini. Majlis ini diadakan unutk meraikan masyarakat Malabari di sekitar Lembah Kelang. Majlis ini telah diadakan di Dewan Hamzah di bangunan Majlis Perbandaran Kelang di Bandar Kelang.

Majlis telah  bermula pada pukul 11.30 tengah hari. Tetamu kehormat pada hari tersebut adalah Duta India ke Malaysia iaitu  En R.L. Narayan. Tetamu -tetamu lain merupakan Datuk Bandar Kelang dan Wakil Rakyat Kawasan Kapar. Tetamu kehormat  dari masyarakat Malabari  adalah  Tuan Haji Syed Zainal Abidin Bafakhy Tangal, Dato' Haji Kunhimohamed, Sdr Abdul Kader Presiden Persatuan Malabari Malaysia serta Tuan Haji Kunhimon Hydross Pengerusi Surau Malabar Hidayatul Islam. Tetamu tetamu lain terdiri dari anggota masyarakat malabari dari seluruh Kuala Lumpur dan Selangor serta masyarakat Malayalee lain terutamanya dari kawasan Kelang.

Majlis dimulakan bacaan dia oleh Tuan Haji Syed Zainuddin Bafakhy Tangal. Ini diikuti oleh ucapan Sdr Abdul Kader presiden PMM,Wakil rakyat Kawasan Kapar diikuti oleh  Duta India ke Malaysia. Sdr Abdul Kader telah menerangkan tentang asal-usul masyarakat Malabari di Malaysia. En R.L. Narayan pula telah menyentuh tentang hubungan perdagangan pendidikan yang semakin erat dianatara India dan Malaysia. Beliau turut memuji sikap kesatuan dan kerjasama yang ditunjukkan oleh masyarakat Malayalee di negara ini.

 Ucapan - ucapan ini diselangi dengan lagu-lagu Mappila ( Mappilla Paatu) dan juga tarian - tarian seperti Oppana. Tarian - trian 'fusion ' yang di paparkan juga menggambarkan masyarakat majmuk di negara ini dan juga di kalangan Malayalee. Makanan 'buffet' nasi minyak, ayam, kari kambing dan sayur juga diadakan pada masa yang sama.

Satu sessi menagnmbil gambar VIP telah diadakan sebelum majlis bersurau pada pukul 2.30 petang. Kami berpendapat majlis ini dianjurkan  dengan baik. mamanggam sememangnya merupakan Pesatuan malayalee yang paling aktif di kawasan ini. Sambutan seperti ini akan dapat merapatkan hubungan masyarakat Malabari dengan masyrakat Malayalee yang lain.