Click to go to the Main Page

Haul /Aande(ആണ്ട്) Sheikh Ahmad al Kabir ar Rifaie k.s.a.

Sejarah hidup Sheikh

Sheikh Ahmad al-Kabir ar-Rifaie merupakan seorang Wali Allah yang agung. Malah adalah dikatakan bahawa beliau menduduki tempat kedua di kalangan kutub ( ketua) para aulia. Beliau merupakan keturunan Saidina Ali r.a. yang ke 23 , yakni keturunan keturunan Rasulullah melalui Saidatina Fatimah r.a. Beliau dilahirkan di suatu tempat bernama Ummu Ubaidah di Iraq pada tahun 500 Hijrah. Apabila beliau berumur 7 tahun ayah beliau yang bernama Sayyid Sultan Ali telah meninggal dunia dan telah dikebumikan di Baghdad. Setelah itu beliau telah dijaga dan dididik oleh bapa saudara beliau Sayyid Mansur ar-Rabbani al-Bataihi. Selain dari itu beliau juga telah menuntut ilmu dari Sheikh Abdul Malikil Qurnubi dan Sheikh Abul Hassan Aliyul Qari.

Beliau amat terkenal di masa hidupnya dan mempunyai ramai orang murid. Adalah dikatakan pasa suatu masa lebih kurang 100 000 orang murid telah hadir di majlis yang beliau adakan pada malam Nisfu Syabaan.

Beliau banyak menjalankan amal kebajikan. Beliau pernah makan bersama dan membasuhkan baju orang yang berpenyakit kusta dan angin ahmar ( Kusta merupakan suatu penyakit yang amat ditakuti ketika itu). Beliau juga selalu memberi makan kepada oragn fakir miskin. Beliau juga sering menziarahi orang yang uzur sehingga ke tempat – tempat yang jauh. Baginda juga pernah merawati haiwan-haiwan yang sakit sehingga sembuh.

Sebagai salah seorang wali Allah beliau juga telah juga telah dikurniakan Allah s.w.t. dengan pelbagai karamah. Menurut kitab Durrul Asdhaf, orang ramai pernah menyaksikan salah satu karamah yang dikurniakan Allah s.w.t. kepada beliau di Madinah di mana beliau pernah mencium tangan yang keluar dari makam Rasullulah s.a.w. apabila beliau menziarahi maqam baginda. Beliau juga digelar Sultan ul Arifiin kerana pengetahuan beliau yang mendalam tentang Allah s.w.t. ( ma’rifah).

Beliau juga hidup sezaman , saling menhormati dan bersaudara dengan seorang lagi wali Allah yang agung iaitu Sheikh Muhyidheen Abdul Qadir Jilani. Beliau akhirnya meninggal dunia pada 12 Jamadil Awwal tahun 578 Hijrah , 17 tahun selepas kemangkatan Sheikh al Jilani

Amalan Masyarakat Malabari

Masyarakat Malabari mengamalkan beberapa bacaan sempena memperingati Sheikh Ahmad ar Rifaie. Ini termasuklah bacaan Rifain Maulud, Rifain Ratib dan juga Rifain Maala. Rifain Maulud merupakan bacaan di dalam bahasa Arab yang menceritakan riwayat serta memuji Sheikh al Rifaie di dalam bentuk hikayat dan kasidah. Rifain Maala menceritakan tajuk yang serupa tetapi di dalam bahasa Malayalam di tulis di dalam Arabi Malayalam. Rifain Ratib di dalam bahasa Arab merupakan himpunan zikir-zikir.

Satu amalan luput di Malabar dahulu yang dikaitkan dengan Rifain Ratib ialah Kut Ratib. Di dalam Kut ratib adalah dikatakan sesetengah pengamal, apabila sampai ke pada bacaan tertentu akan mencederakan diri mereka dengan berbagai cara tetapi akan sembuh serta merta. Amalan ini tidaklah unik kepada Kerala kerana perbuatan yang serupa juga di lakukan oleh pengamal Tarikat Rifaiah di Timur Tengah . Walaubagaimanapun ianya sudah tidak diamalkan sekarang ini.

Buku Majlis Surau Malabar

 

 

Links- based on relevence