
Amalan bersunat telah diamalkan oleh manusia sejak beribu tahun dahulu. Orang Islam dan Yahudi mengamalkannya sejak dari dahulu lagi. Orang Kristian pula telah meninggalkan amalan ini sejak dari peringkat yang agak awal. Sekarang ini ramai yang menyedari akan kebaikan amalan berkhatan dan mula mengamalkannya untuk menjaga kebersihan, mencegah penyakit dan sebagai rawatan untuk beberapa jenis penyakit. Artikel sebelum ini menunjukkan bahawa amalan bersunat untuk wanita tidak diterima umum sebagai ajaran Islam tetapi lebih merupakan amalan kebudayaan sesuatu kawasan terutamanya di Afrika dan Asia Tenggara. Kita akan cuba meneliti amalan ini dari sudut perubatan dan juga akan baik-buruknya.
Berkhatan untuk lelaki telah diterima secara meluas sebagai satu amalan yang baik untuk kesihatan. Sebelem bersunat terdapat kulit (foreskin) yang menutupi hujung zakar (glan penis) lelaki. Dalam keadaan biasa pada orang dewasa, kulit ini boleh ditarik (dan juga akan tertarik kebelakang semasa ereksi) memdedahkan hujung zakar. Walaubagaimanapun terdapat sejenis lendir yang akan membentuk kotoran (smegma) di antara foreskin dan glans penis tadi. Selain dari kotoran yang berkumpul ada juga bukti yang menunjukkan bahawa amalan bersunat diperingkat awal akan mengurangkan juga risiko barah penis.
Phymosis dan paraphymosis merupakan satu keadaan dimana foreskin ini menjadi ketat sehingga tidak boleh ditarik balik memdedahkan glan penis. Keadaan phymosis biasanya akan menonjol apabila seseorang kanak-kanak membuang air kecil dan foreskinnya pula akan membelon kerana liang untuk membuang air telalu kecil. Ada juga kalanya ianya akan mengganggu laluan air kencing sehingga menyebabkan jangkitan kuman pada kencing. Pada paraphymosis pula, liang pada foreskin hanya cukup untuk glans penis keluar tetapi akan mencengkamnya dan menyukarkannya untuk masuk semula. Walaupun ada satu bentuk rawatan dimana foreskin itu dipotong memanjang untuk melonggarkannya, rawatan yang paling diterima adalah bersunat.
Agama Islam mengalakkan amalan bersunat dilakukan pada hari ke 7, ke 40 atau umur 7 tahun. Dari segi perubatan bersunat boleh dilakukan pada bila-bila masa. Pada masa kini ada sesetengah orang berpendapat bahawa bersunat ini patut dilakukan secepat mungkin selepas lahir. Ini akan mengurangkan rasa sakit bayi dan lukanya pun akan sembuh dengan cepat. Ini juga bergantung kepada pengalaman doktor yang menyunatkan kanak-kanak tersebut.

Terdapat berbagai cara untuk melakukan sunat. Kita telah melihat cara-cara tradisional bersunat dalam artikel terdahulu. Orang yahudi mempunyai cara mereka sendiri untuk bersunat. Teknik moden banyak digunakan sekarang untuk bersunat. Cara konvensional yang digunakan oleh kebanyakan doktor adalah kaedah 'dorsal slit'

Dalam kaedah dorsal slit ini, suntikan akan diberikan pada pangkal zakar untuk mengurangkan sakit. Anesthsia umum( pesakit akan tidur) biasanya diberikan untuk kanak-kanak kecil. Setelah glans penis dibersihkan, sebuah potongan akan dibuat memanjang dibahagian dorsum (atas) foreskin. Potongan ini akan diperpanjangkan melalui pangkal foreskin sehingga kebahagian bawah dan ditanggalkan. Bahagian kulit yang dipotong di pangkal foreskin ini kan dijahit kembali. Benang jahitan biasanya adalah jenis yang tidak perlu dibuka. Teknik -teknik baru banyak digunakan untuk mengurangkan pendarahan semasa bersunat. Diantaranya adalah pengunaan diathermy (alat memotong dan juga menghentikan pendarahan menggunakan haba ). .Alat ini sekarang juga terdapat di kinik-klinik. Laser juga dikatakan digunakan untuk menjalankan pembedahan ini tetapi tidak ada banyak bahan rujukan tentang teknik ini.

Terdapat juga beberapa teknik baru untuk mempercepatkan proses bersunat dan masa pemulihan. Ini termasuk menggunaan alat ‘clamps’ seperti TaraKlamp (dicipta di Malaysia) dan SmartKlamp. Secara ringkasnya alat -alat ini dipasang pada foreskin sebelum ianya dipotong. Clamp ini akan dibuka setelah lukanya agak kering. Alat ini juga akan melindungi bahagian luka dan glans penis.

Seperti yang diperkatakan tadi topik sunat adalah berkontrovesi. Ketiadaan ayat Quran dan hadis yang sahih tentang masalah ini menimbulkan keraguan samada adat ini direstui dalam Islam. Teknik melampau yang digunakan di Afrika telah merosakan imej amalan ini. Adalah dikatakan ianya dilakukan di Afrika untuk mengurangkan nafsu wanita sementara di Asia timur untuk menambahnya pula.
Dari segi perubatan amalan ini dipercayai lebih memudaratkan dan tidak mendatangkan manafaat dalam keadaan biasa. Ada juga beberapa artikel yang menyebut tentang satu prosedur yang menyerupai bersunat wanita sebagai rawatan .Pada wanita yang mempunyai rawatan kulit tudung klitoris yang ketat, membuangnya dikatakan dapat menyelesaikan masalah ini. (Scientific American) Klitoris pada wanita mempunyai asal-usul embriologi yang sama dengan penis lelaki dan oleh itu ianya merupakan organ ransangan yang kuat
Betapa meluasnya amalan ini di Malaysia tidaklah diketahui. Menurut seorang Ustaz dari JAKIM berkhatan wanita ini diamalkan oleh hampir 30% di Malaysia dan mencapai 90 % di Indonesia. Sebuah kajian yang dijalan di Indonesia menunjukkan bahawa 97.5% daripada penduduk yang di wawancara telah menjalankan bersunat untuk wanita. Amalan bersunat wanita dirantau ini agak berbeza dari yang diamalkan di Afrika. Sesetengah bidan hanya mengosokkan akar kunyit atau menggores mata pisau pada kemaluan bayi perempuan sebagai syarat bersunat. Walaubagaimanapun ada juga yang menggunakan alat tajam untuk mengores bahagian klitoris dan ada juga yang memotong klitoris.(Sidney Herald Times)
Pengelibatan doktor dalam amalan ini juga dipertikaikan di peringkat dunia kerana dikatakan meng'halal'kan amalan yang menganiaya wanita. (Research Report). Sebaliknya doktor boleh mempastikan sunat yang dilakukan pada wanita adalah seminima mungkin dan boleh juga membantu mengurangkan risiko jangkitan. Dari tinjauan kami amalan bersunat untuk wanita ada dilakukan oleh doktor wanita di Malaysia. Kesemua yang ditanya percaya yang ianya hanya perlu dilakukan seminima yang mungkin. Kebanyakan dari mereka hanya menggunakan jarum kecil untuk membuat satu goresan sekitar klitoris untuk mengeluarkan setitis darah
Adalah diharap artikel ini akan memberikan serba-sedikit maklumat tentang amalan bersunat di negara ini