Vayalé, Matha Prasaggam dan Katha Prasanggam

Vayalé, Matha Prasaggam dan Katha Prasanggam merupakan bentuk-bentuk syarahan agama yang terpenting dalam penyampaian dan pembelajaran agama kepada masyarakat umum di Kerala. Ketiga-tiganya agak berbeza kerana cara penyampaian dan isi kandungan juga berlainan. Di antara yang tersebut di atas  Vayalé dan Matha Prasaggam diamalkan di setengah tempat di Malaysia.

Vayalé

Vayalé merupakan perkataan umum yang digunakan untuk syarahan agama. Perkataan Vayalé telah berubah bentuk dari rupa asalnya iaitu perkataan arab asal untuk  adalah va'al terbentuk dari tiga huruf va, g'in dan zha( ) . Va'alé dari segi bahasanya bermaksud nasihat. Ia digunakan untuk syarahan agama yang di sampaikan biasa disampaikan dengan satu rentak yang unik.

Vayalé merupakan satu bentuk syarahan agama yang tertua di Kerala. Ianya penting kerana rentak penyampaianya dapat menarik minat para pendengar kepada isi kandungan ilmu agam yang di sampaikan. Tajuk-tajuk vayalé meliputi segenap topik-topik agama termasuk Quran,Hadis,Sirah,Feqah, Akhlaq dan Tauhid

Vayalé pada kebiasaanya disampaikan pada waktu malam di masjid-masjid ,selalunya selepas Solat Isyak. Ada tempat yang mengadakan vayalé setiap minggu atau setiap bulan. Ada kala vayalé diadakan setiap hari. Ini biasanya berlaku di bulan Ramadhan dan Rabiul Awal.

'Matha Prasanggam'

Walaupun perkataan vayalé ada kalanya digunakan secara sinonim dengan syarahan agama, cara penyampaiannya membezakan diantara keduanya. Syarahan agama yang disampaikan tanpa rentak vayalé dipanggil 'matha prasanggam' bermaksud syarahan agama. Walau bagaimanapun vayalé merupakan bentuk syarahan agama yang lebih penting dan popular.

'Katha Prasanggam'

Satu lagi bentuk penyampaian ilmu agama dipanggil katha prasanggam. Katha Prasanggam bermaksud ”Penyampaian cerita didalam bentuk syarahan”. Sesuai dengan namanya, kandungan Katha Prasanggam adalah cerita-cerita sejarah Islam

Penyampaian Katha Prasanggam adalah menarik kerana ianya cerita yang di silih gantikan dengan lagu –lagu ynag menggambarkan kisah-kisah di dalam cerita tersebut. Oleh itu pencerita ini terdiri dari orang-orang yang bukan sahaja orang yang mendalami ilmu agamanya tetapi juga mempunyai suara yang menarik.Walaubagaimanapun tauuk-tajuk yang di sampaikan biasanya menadalami kisah- kisah silam dan bukan cabangan ilmu agama yang lain

Webmaster