KUALA LUMPUR 30 Julai 2003- Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hari ini menghadapi tindakan saman oleh Angkatan Pelopor India Muslim Selangor dan Wilayah Persekutuan (APIM) yang menuntut deklarasi mahkamah bagi definisi perkataan `keling' dalam Kamus Dewan yang didakwa merendahkan martabat kaum India.
APIM yang ditubuhkan pada Julai 2001 dan mempunyai 2,000 ahli, memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini.
Tindakan saman itu dikemukakan melalui firma guaman yang mewakili APIM, Tetuan Zulkfly Yong Azmi & Co. Seorang daripada peguam dari firma tersebut, Zulkifli C. Yong memberitahu pemberita bahawa pihaknya akan menyampaikan saman pemula itu kepada DBP secepat mungkin.
APIM mendakwa DBP telah memberi pengiktirafan atau membenarkan perkataan-perkataan `keling' dalam Kamus Dewan yang meliputi makna-makna variasi dan kiasan seperti:
* keling - diberi definisi sebagai kata yang kurang halus bagi orang yang berasal dari selatan negeri India, (lebih halus dipanggil) orang India.
* keling karam - kiasan sebagai orang yang suka membuat bising (ketika bercakap atau bekerja).
* keling mabuk todi - kiasan sebagai orang yang suka merepek (bercakap yang bukan-bukan.
* keling pelikat - kiasan sebagai orang India yang beragama Islam.
Selain itu, APIM selaku plaintif juga menuntut pampasan daripada DBP yang akan ditaksirkan oleh mahkamah.
Ia mendakwa perkataan `keling' tersebut telah memalukan dan merendahkan martabat kaum India amnya dan kiasan-kiasan menghina kaum itu di negara