Sudut Kesihatan E-malabari

 

Anda dan Diabetes

 

Oleh Dr Mohd Ramzan bin Abdul Gafoor

Kencing manis ialah suatu penyakit yang disebabkan oleh kegagalan badan kita dalam metabolisma kabohidrat (kabohidrat dimetabolismakan untuk menghasilkan glukosa, iaitu sumber tenaga utama sel badan kita)

Hormon insulin membenarkan glukosa dari saluran darah memasuki sel. Kegagalan fungsi insulin boleh berpunca dari

  • kegagalan menghasilkan hormon insulin yang secukupnya, atau

  • kegagalan menggunakan hormon insulin yang sedia ada dengan sempurna.

  • Akibat kegagalan insulin akan menyebabkan

  • kekurangan glukosa dalam sel yang akan menyebabkan kerosakan sel.  kelebihan glukosa dalam saluran darah yang akan menyebabkan kerosakan pada saluran darah itu sendiri.

  • Kerosakan saluran darah boleh berlaku di mata, jantung, buah pinggang dan otak. Antara tanda-tanda kencing manis ialah

    · kerap buang air kecil

    · rasa haus yang amat sangat

    · rasa lapar keterlaluan

    · kurang berat badan

    · keletihan

    · kabur penglihatan

    · kebas tangan dan kaki

    . jangkitan kuman yang kerap (contoh kerap dapat bisul).

     

    Kencing manis diklasifikasikan kepada:

  •  Type I - biasa pada kanak-kanak dan orang muda. Disebabkan oleh kekurangan insulin.

  •  Type II - biasa pada orang dewasa. Disebabkan oleh kegagalan menggunakan insulin.

  • Gestational diabetes - pada ibu mengandung.

  • Rawatan kencing manis merangkumi 3 aspek:

  • · Kawalan makanan iaitu antara lain mengurangkan makanan karbohidrat.

  • · Senaman yang cukup, sekurang-kurangnya 30 minit 5 kali seminggu.

  • · Penggunaan ubat-ubatan.

  • Harus ditekankan disini, hanya mengharapkan ubat-ubatan untuk mengawal kencing manis tanpa kawalan makanan dan tanpa senaman yang sewajarnya, tidak memadai .

     Dr Ramzan menjalan sebuah klinik  di Gombak Kuala Lumpur
     Untuk keterangan lanjut beliau boleh di hubungi di klinik beliau pada nombor 03-40214768