Berita E-malabari

 

Apa Itu SARS

 

 

 Oleh Dr Mohamed Ali bin Abu Bakar

12 Jun 2003- Tentu ramai tertanya – tanya dan hangat memperbincangkan mengenai SARS. Apa dia SARS ? Kenapa gejala ini sangat ditakuti ? Kenapa kesemua negara yang terlibat mengambil langkah – langkah yang serius seolah-olah SARS ini terrorist ?..

  Jawapan kepada persoalan diatas cuma satu ….VIRUS….Perkara yang paling membimbangkan adalah kerana organisma penyebab adalah VIRUS.

Virus merupakan organisma yang sangat unik yang terdiri dari protein Ianya hanya hidup di dalam organisma lain yang di panggil hos.. Bila virus ini berada di luar d badan hos , ianya menjadi sesuatu yang ‘tidak hidup’ dan ‘tidak mati’. Ianya akan ‘mati’ bila di hadapkan dengan suasana tertentu contohnya suhu yang tinggi dan sinaran ultra violet. Sifat- sifat ini berbeza dengan bakteria yang boleh hidup walaupun berada di luar badan hos.

Badan kita akan cuba untuk membunuh virus – virus ini dengan menghasilkan ‘askar –askar’nya yang di panggil antibodi. Adakalanya antibodi yang dihasilkan akan menyebabkan kemusnahan yang lebih teruk lagi seperti mana berlakunya di dalam sebilangan kecil kes-kes SARS di mana paru-paru musnah menerima kepadahan reaksi antibodi dengan virus

Bagaimana virus ini bertindak? Untuk mengetahui ini dengan lebih lanjut , kita perlu tahu komponen – komponen virus. Virus terdiri dari 2 bahagian , selaput luar yang bertindak sebagai pelindung dan sensor , dan bahagian dalam yang terdiri dari DNA. DNA dalam bahasa mudah adalah serangkaian nota mengenai virus tersebut. Bila virus memasuki badan manusia atau binatang , ianya akan mencari tapak untuk membiak

Virus ini akan memasuki sel-sel badan atau haiwan dan akan mengambil alih ‘pemerintahan’ sel –sel ini untuk menghasilkan lebih banyak virus-virus. Perkara ini akan menyebabkan kematian sel – sel ini dan penambahan virus-virus didalam badan manusia

Bagaimana hendak menyembuhkan pesakit yang di jangkiti virus ? Ada ubat ke ? Malangnya sehingga kini tidak terdapat sebarang ubat yang boleh membunuh virus – virus ini. Ubat yang paling berkesan adalah antibodi-antibodi yang di hasilkan oleh badan kita. Inilah sebabnya strategi untuk melawan virus adalah dengan menghasilkan vaksin yang kemudiannya akan memberi perlindungan dari jangkitan virus – virus ini.

Inilah sebabnya SARS amat di takuti pada masa ini. Virus mungkin organisma yang sangat ‘simple’ tetapi sangat merbahaya kerana sifatnya yang boleh menakluki sel –sel

Tetapi , Insya Allah , seperti yang di janjikan oleh Allah S.W.T , ada ubat untuk kesemua penyakit kecuali mati, pada masa ini di seluruh dunia ada pelbagai eksperimen yang sedang di lakukan untuk menghasilkan ubat untuk untuk menyekat dan membunuh virus.