Protien kacang soya dapat disetarakan dengan dua kali protien daging,empat
kali telur,empat kali gandum,lima kali atau enam kali roti dan dua belas
kali susu. Hasil kajian juga mendapati protien kacang soya bukan sahaja
tinggi,tetapi juga baik dari segi kualitinya
Jika sebelum ini masyarakat umum berpendapat bahawa protien haiwan
memiliki kualiti yang baik dibandingkan dengan protien nabati, tetapi
pendapat seperti iu sudah lapuk.Protien nabati kini mendapatkan prioriti
utama.
Penyelidikan mengenai makanan berkhasiat, mendapati kacang soya memiliki
beberapa kelebihan lain apabila ia dibandingkan dengan daging lembu. Anda
boleh melihat senarai asid amino esensial dalam kacang soya. Senarai
tersebut menunjukkan protien kacang soya bukan sahaja mempunyai kualiti
yang lebih baik dari daging lembu tapi jumlahnya hampir dua kali ganda
untuk setiap asid amino esensial.
Sudah jelas diketahui
bahawa makanan yang berasal daripada haiwan akan menaikkan kolesterol
darah,yang memungkinkan seseorang itu menderita pelbagai jenis penyakit.
Dr Pottenger.Jr dan Dr Krohn dengan kerjasama 122 sukarelawan telah
melakukan satu penyelidikan mengenai perkara ini.
Sukarelawan tersebut diminta untuk memakan
makanan yang berkadar lemak tinggi,termasuk hati dan otak mentah, dimana
keduanya sangat kaya dengan kolesterol. 99 orang diantaranya mengambil
satu sudu lechitin kacang soya setiap kali makan dan 23 peserta lagi tidak
mengambilnya. Hasilnya? Kadar kolseterol dalam darah turun pada 79 %
daripada peserta yang mengambil lechitin kacang soya, sementara 23 yang
lain iu tidak ada penurunan sama sekali! Minyak kacang soya pun
mengandungi sitosterol,iaitu persenyawaan yang juga berkhasiat menurunkan
kadar kolesterol dalam darah.