Click to go to the Main Page

 

The Origin of Malabar Muslims in Malaysia

Asal-usul Masyarakat Malabari di Malaysia

English  Malay

Asal-usul Masyarakat Malabari di Malaysia

Mukaddimah

Masyarakat Malabari* sememangnya  mempunyai hubungan yang rapat dengan Tanah Melayu dari dahulu lagi. Pada mulanya mereka telah datang sebagai pedagang, melintasi Lautan India dan Arab menjalin perhubungan akrab dengan  Kesultanan Melaka dan juga tanah Arab. Malah  ada kemungkinan mereka ini telah sampai ke Nusantara  lebih awal dari itu.  Ramai yang berpendapat bahawa masyarakat Malabari adalah diantara golongan  yang paling penting and awal,  menyebarkan agama Islam ke kawasan ini.

Kedatangan masyarakat Malabari ke Malaysia sebagai pedagang dan peniaga masih berterusan sehingga ke hari ini. Ramai juga para Malabari yang pernah datang ke Malaysia sebagai pekerja dalam sektor pembinaan serta perladangan. Kumpulan yang terakhir dan sememangnya tidak kurang pentingnya, merupakan kumpulan profesional serta pekerja 'kolar putih'. Masyarakat Malabari yang wujud pada hari ini, adalah berketurunan dari kumpulan yang majmuk ini.

Maklumat tentang kedatangan awal masyarakat Malabari ke Malaysia agak suka di dapati. Ini adalah kerana kekurangan rekod bertulis tentang hal ini. Anggota masyarakat yang tua, yang mengetahui latar belakang ini semakin lama semakin berkurangan. Kami yakin bahawa jika kita tidak mengambil langkah untuk mengumpulkan maklumat ini, sejarah masyarakat Malabari di Malaysia dan Singapura akan luput buat selama -lamanya.

Dengan ini kami ingin menyeru setiap anggota  masyarakat kita supaya bersama -sama membantu mengumpulkan  segala maklumat tentang tentang kedatangan masyarakat Malabari ke Malaysia atau Singapura. Maklumat ini mungkin dari buku- buku sejarah, tesis hasi penulisan ataupun  ataupun melalui perbincangan dengan anggota masyarakat yang lebih tua dari kita. Maklumat yang anda dapati mungkin hanya  pendapat individu  ataupun pengalaman seseorang, tetapi sekiranya kita dapat mengumpulkan kesemua maklumat ini , kita akan dapat satu gambaran yang menyeluruh tentang peristiwa yang berlanjutan berkurun-kurun lamanya ini.

 Anda boleh menghantar maklumat ini kepada webmaster@e-malabari.net . Maklumat pengirim boleh dipaparkan atau di rahsiakan mengikut kehendak anda.Di akhir e-fokus ini, Insya Allah kita akan dapat membuat  rumusan tentang asal- usul masyarakat kita secara menyeluruh yang belum pernah di buat sehingga kini.

Wassalaam.

* Istilah 'Malabari' atau pun 'Malabar Muslim' di website ini digunakan untuk merangkumi keturunan kesemua orang Islam dari Negeri Kerala. Kami  tidak mengecualikan mana -mana daerah atau kawasan di Kerala dari istilah ini

 

 

 

The Origin of Malabar Muslims in Malaysia

 

 The Malabar Muslim* community has had a close relationship with Malay Archipelago since the beginning. Since the the Malacca Sultanate in the 15th century, and maybe even earlier, the Malabar Muslim traders has traveled back and forth across the Indian Ocean to this region. There are many who believe that the Malabaris are among the first people to introduce and spread Islam to this region.

The arrival of Malabar Muslims of traders and businessmen continues till today. There were however many that has come to this region and workers and leaders in the construction and plantation line. Last but not least are the white collar workers and the professionals who came towards the middle of the last century. All  these groups no matter how and when they came are the foerfathers of the Malaysian and Singaporean Malabari community today

Information regarding the origin of Malabaris in this region is difficult to gather as there is very little written records. The elders who has knowledge regarding this, are becoming less and less with the passing of time. If we do not act now to collect and archive these information when it is still available to us, the whole history of Malabar Muslims in Malaysia will be gone forever.

As such, we would like to invite each and every Malabar Muslims to come together to collect any information avaibale regarding the origin of Malabar Muslims in Malaysia or Singapore. These information may be from books, thesis's, write-ups or form your elders who has knowledge regarding this. The information may even be an opinion or a personal experience, but once put together may help us get the whole picture of these centuries-old  events.

 You can sent this information via e-mail to the webmaster@e-malabari.net . We will keep your personal information confidential of publicise it according to your request. Insya-Allah at the end of this e-focus we will have a picture of our origin in this region.

 Wassalaam

* We define the term 'Malabari' or 'Malabar Muslims' as any Muslim who originates ,or whose forefathers originate from Kerala State. As such we do not exclude any region or area in Kerala from this definition.

 

 

 

Other related News

Links- based on relevence