
Ayah saya berasal dari Kerala dan telah datang ke Malaysia pada tahun 1920-an. Beliau pada mulanya menetap di Trolak dan bekerja di sebuah ladang getah. Mereka telah datang tiga beradik dan dikatakan berasal dari keturunan Rauther.
Trolak merupakan salah satu tempat di mana Kaum Malabari menetap dengan banyaknya di Malaysia. Mereka telah di bawa oleh British untuk bekerja di ladang getah. Berbanding degan masyarakat Tamil yang bekerja sebagai pekerja biasa , masyarakat Malabari lebih banyak bekerja sebagai mandur.
Pada tahun 1957 apabila rancangan Felda dibuka , ramai dari para Malabari telah berpindah dari Trolak untuk mengikuti rancangan tersebut. Ini termasuklah masyarakat Malabari di Johor dan Pahang. Satu lagi tempat penempatan masyakarat Malabari yang awal ialah di Sungai Buloh , Selangor. Ibu saya berasal dari sana.
Saya kini berumur 57 tahun dan lahir pada tahun 1946. Saya kini menetap di Kerling. Terdapat satu masyarakat Malabari yang agak besar di sana. kami telah mendirikan sebuah surau dan juga sebuah madrasah yang berdekatan dengannya. Seorang ustaz dari Kerala mengajar anak - anak kami di sana