Click to go to the Main Page

Kedatangan Malabari ke Johor

Johor merupakan salah sebuah negeri yang banyak mempunyai penempatan Malabari. Kebanyakan dari Malabari yang ada sekarang telah berpindah ke Tanah Melayu pada tahun 1920an, berhijrah dari penganiayaan British terhadap masyarakat Malabari  berikutan peristiwa  "Mapilla Lahala" pada tahun 1921 di Malabar.

 Terdapat dua golongan masyarakat Malabari yang datang dari Malabar ketika itu. Golongan pertama ialah golongan peniaga. Kebanyakan dari mereka  datang dari bahagian utara Malabar seperti Kasargod dan Kannoor. Mereka menetap di bahagian bandar-bandar dan memulakan perniagaan di sana.

 Golongan kedua pula merupakan berasal dari selatan Malabar ( yakni bahagian tengah negeri Kerala sekarang). Mereka ini datang untuk bekerja di ladang-ladang getah yang berkembang di masa itu. Keturunan mereka inilah yang kebanyakannya menetap di kawasan Ulu Tiram dan Masai di Johor.

Sejarah awal Masyarakat Malabari  di kawasan Tiram, Johor

Kebanyakan para Malabari yang datang untuk bekerja di ladang getah datang secara percuma dari India menaiki kapal-kapal pada tahun 1920an. Walaupun pendapatan kecil tetapi biasanya cukup untuk perbelanjaan harian. Rumah biasanya diberikan secara percuma oleh pihak ladang. Pada mulanya rumah-rumah ini tiada bekalan elektirki tetapi lama-kelamaan  ianya dibekalkan di waktu malam dan kemudiannya sepanjang hari. Bekalan air sebeluam kedatangan air paip, adalah dari anak-anak sungai yang juga menjadi sistem pengairan di ladang- ladang.

Pelajaran

Kelas kelas mengaji  di adakan di ladang-ladang biasanya di sebelah malam. Bilik mengaji ini dinamakan "Othu Muri"  ( bilik mengaji). Kelas ini dikendalikan oleh salah seorang di antara mereka yang lebih berpengetahuan agama. Walaubagaimanapun mereka ini juga bekerja di ladang getah seperti orang lain. Guru agama  ini digelar 'Mollaka'. Madrasah Malabari  yang pertama di bina ialah pada tahun 1971 oleh Jemaah Malabar Muslim Negeri Johor. Ustaz untuk madrasah-madrasah baru ini adalah guru-guru agama yang diiktiraf , di bawa khas dari Kerala

Madrasah Darul Salam di Ulu Tiram

Pada masa dahulu terdapat  juga sekolah Malayalam di ladang-ladang. Ramai di antara anak-anak para Malabari belajar di situ. Walaubagaimanapun  sekolah-sekolah ini mula di tutup pada tahun 1950an kerana orang mula menghantar anak-anak mereka ke sekolah biasa.

Sekarang ini ramai di antara anak-anak Malabari sudah pun berpelajaran tinggi. Kebanyakan anak - anak muda sudah pun melanjutkan pelajaran di peringkat universiti. Ramai juga yang telah berpindah keluar mengikut tempat pekerjaan baru mereka

Penempatan Malabari

Masyarakat Malabari hidup bersama secara berjiran di ladang-ladang. Apabila ladang-ladang baru di buka ramai yang berpindah ke kawasan -kawasan tersebut. Semasa rancangan Felda di buka pada tahun 1950an ramai juga para Malabari muda dari luar Johor telah berpindah masuk unutk bekerja di sana. Lama-kelamaan penempatan Malabari di kawasan-kawasan persekitaran Ulu Tiram dan Masai semakin bertambah.

Sejak kebelakangan ini banyak keluarga telah berpindah keluar dari penempatan tradisional ini menyebabkan bilangan orang yang tinggal di ladanag-ladang berkurangan. Ramai yang telah berpindah menetap di kawasan bandar dan ke luar negeri. Ada pula yang telah membeli tanah secara beramai-ramai membahagikan lot serta membina rumah-rumah menghasilkan 'perkampungan' Malabari ekslusif yang baru.

Ditulis dari wawancara dengan HM dari Ulu Tiram

  

 

 

 

Links- based on relevence