
Sekilas tentang Prof Dr Haji Abdul Malik Karim Amrullah(HAMKA)
16 Februari 1908- 243 Julai 1981

Beliau dilahirkan di Sungai Batang, Maninjau tanggal 16 Feb 1908 ( 14 Muharram 1326 H), ayahnya Tokoh Islam terkenal Dr H.A Karim Amrullah alias Haji Rasul pembawa pembaharuan Islam Minangkabau.
Beliau sekolah di Desa Padang Panjang, dan malamnya belajar mengaji Al-Quran dengan ayahnya sendiri sampai khatam. Beliau belajar agama pada sekolah Diniyah School dan Sumatera Thawalib di Padang Panjang dan parabek 1916-1923.
Thaun 1924 beliau berangkat ke Jogja dan kursus pergerakan Islam dari HOS Tjokrominoto, H. Fachruddin,R.M. Suryopranoto dan iparnya sendiri A.R. St. Mansur yang waktu itu ada di Pekalongan. Tahun 1925 kembali pulang ke padang panjang dan mengarang buku berjudul "Chathibul Ummah".
Pada tahun 1927 berangkat ke Makkah, sepulang dari Makkah , beliau kembali melanjutkan menulis di majalah " Seruan Hitam", "Kepentingan Tabligh", "ayat-ayat Mi'raj" . Pada tahun 1930 beliau menulis dalam suratkhabar "Pembela Islam" di Bandung. Beliau berpindah ke Makasar pada tahun 1932 dan telah mengeluarkan buku beliau yang paling awal dicetak iaitu "Laila majnun"
Apabila berpecah perang revolusi, beliau berpindah Sumatera Barat., lalu menghasikan kayra-karya yang hangat dan mencetus minda. Pada tahun 1950 beliau telah berpindah ke Jakarta. Selama 30 tahun beliau telah menulis tidak kurang dari 60 judul buku.
Kerana jasa-jasanya dalam mengajian Islam dengan bahasa Indonesia yang indah itu , maka pada tahun permulaan 1959 , Majlis tertinggi Universiti Al- Azhar Kaherah, Mesir telah memberikan gelar Ustadz Ziah Fachrizah ( Dr. Honoris Causa) kepada Hamka. Dan dari Universiti Malaya beliau juga telah memperolehi gelaran Doktor dalam Sastera.
Beliau telah pulang ke Rahmatullah pada 24 Julai 1981.
diubah suai dari http://www.uhamka.ac.id/pdhamka.HTM