God is not merciful to him who is not kind to mankind. - Hadis

 
Siapakah Malabari Masjid Pertama

Exit to main Museum

Pusat Perkembangan Islam Tahun 1921
Negeri Kerala Laksmana Samudra Penjajah Eropah Di Malaysia
Malabari Pertama Dinasti Islam Penjajahan  Mysore Akrib artikel Sejarah

Pengenalan: Siapakah Malabari 

Malabari  juga dikenali sebagai  Muslim Malabar atau dahulunya juga sebagai sebagai  Mappila. Meraka berasal dari bahagian pantai baratdaya India yang pada masa ini dikenali sebagai Negeri Kerala. Kebanyakan dari mereka berasal dari bahagian utara negeri tersebut, satu daerah yang dahulunya dikenali sebagai Malabar . Walau bagaimanapun perkataan ‘Malabari’ itu sendiri sudah tidak digunakan  di negeri tersebut pada masa kini. 

Perkataan 'Malabar' terbentuk dari 'mali'-bukit- yang digunakan oleh ornag Arab untuk bandar Kollam dan persekitaranya dan'bar' perkataan Parsi yang bermaksud negeri. Jadi Malabar mempunyai maksud yang sama dengan Malayalam iaitu negeri berbukit.

Malabar merupakan nama lama bagi kawasan yang sekarang ini dikenali sebagai Kerala. Semasa di bawah British, perkataan Malabar digunakan untuk kawasan dibawah jajahan terus British iaitu bahagian utara Kerala. Dari sinilah datangnya 67% dari penduduk Islam Malabar. Pada tahun 1956 ia menjadi sebahagian dari Kerala dan dibahagikan kepada beberapa daerah.

Perkataan Mapilla telah digunakan didalam bahasa Inggeris dalam berbagai rupa termasuk Mappilla , Mapilla dan Mopla. Asal-Usul perkataan ini sukar dicari dan besar kemungkinan digunakan sebagai panggilan hormat bagi mereka ynag datang dari luar negeri. Penggunaannya kini sebagai 'menantu lelaki' kemungkinan berasal dari perkataan "Maha Pilla" bermaksud 'Anak Besar' bertujuan menyangjung orang tersebut dan menerimanya sebagai anggota keluarga

 

..Seterusnya