|
|
Jejak Malabari -Malabari Pertama
Kerala dengan kedudukannya yang stategik di pantai Barat India menggalakkan pengaruh yang berterusan dari negeri Arab dan Barat. Pantai Malabar telah ada hubungan perdagangan Negara Timur Tengah dan Greece dari zaman dahulu lagi. Kodungallur yang pada masa itu dikenali sebagai Muziris merupakan pelabuhan utama Malabar ketika itu. Oleh yang demikian tidaklah menghairankan kalau dikatakan bahawa Islam telah dibawa ke situ oleh pedagang Arab pada masa hayat Nabi Muhammad SAW lagi. Ahli sejarah masih belum bersependapat tentang masa sebenar Agama Islam mula sampai ke tanah Malabar. Walau bagaimanapun ramai diantara mereka telah menerima legenda Cheraman Perumal sebagai sebahagian dari sejarah. Perumal adalah pemerintah dinasti Chera .Terdapat perbezaan pendapat samada mereka dipilih oleh ketua kerajaan-kerajaan lain, dipilih oleh Orang Brahmin, atau oleh wakil Raja-raja Chola atau Pandiya. Mereka mulanya dipilih untuk 12 tahun tetapi kemudiannya untuk masa yang lebih lama. Cheraman Perumal adalah pemerintah terakhir kerajaan Chera. Setelah itu ianya berpecah dan diperintah secara berasingan. Ini dikatakan telah berlaku antara kurun ke 7 dan 9 atau kurun ke 12 mengikut cerita yang lain. Raja Ceraman Perumal telah menerima sepucuk surat dari Rasulullah SAW pada tahun Masehi 628, yang menjemput beliau memeluk agama Islam. Raja tersebut kemudian telah mengembara ke Mekah dan memeluk agama Islam di hadapan Rasulullah SAW sendiri. Nama Islam beliau ialah Tajuddin. Beliau merupakan orang Malabari pertama yang memeluk agama Islam. Menurut Sheikh Zainuddin Al Malbari, Cheraman telah membahagikan negerinya ke 12 bahagian sebelum berlepas ke Mekah. Beliau dikatakan telah meninggal dunia pada tahun 10 hijrah di Shakar Mukhalla di Yaman semasa dalam perjalanan pulang
|