|
|
Jejak Malabari di Malaysia
Laut sememangnya memainkan peranan yang penting dalam perkembangan Malabar dan seterusnya Malabari. Beginilah asal-usul Islam di Malabar dan begitulah jugalah Islam dikembangkan dari sana. Sebagai sebuah pelabuhan yang terkenal dimasa itu, mereka telah menjalinkan perhubungan perdagangan dengan Timur tengah dan Asia Tenggara. Tanah Melayu adalah salah satu dari destinasi mereka. Terdapat perbezaan pendapat bagaimana Islam telah sampai ke Asia Tenggara. Sesetengah pihak berpendapat bahawa Islam tiba melalui Malabar. Pada satu ketika Syarif Mekah telah mengarahkan Sheikh Ismail untuk menyebarkan Agama Islam ke Kepulauan Melayu. Dalam perjalanan ke sana , beliau singgah di Malabar, di mana beliau telah disertai oleh seorang Sufi bernama Fakir Muhammad untuk melaksanakan tujuan ini bersama-sama. Ramai pedagang dari Malabar telah menetap di Tanah Melayu sejak dahulu lagi. Ada diantaranya telah berkahwin dengan orang Melayu. Asimilasi mereka dengan masyarakat Melayu begitu lengkap, sehingga mereka tidak lagi dikenali sebagai Malabari. Pendatang-pendatang dari Malabar yang kemudian , mempunyai tujuan yang berlainan. Mereka datang semata-mata untuk mencari harta dan kekayaan. Selepas mencapai tujuan ini, mereka kembali ke tanah air mereka. Tidak dapat dinafikan juga bahawa Malabari, pada awalnya menjadi penggerak ekonomi desa. Mereka mendirikan kedai-kedai runcit, warung makanan dan ‘mini restoran bergerak’ dengan menjual pelbagai makanan keperluan harian masyarakat desa. Tanpa meghitung samada mereka menetap di sini ataupun sebaliknya, mereka ini tetap hidup mesra bersama-sama dengan masyarakat Melayu dalam segala aspek. Ketika zaman lampau lagi orang Malabari banyak membantu dalam hal ehwal surau, masjid dan pengajian Ugama Islam. Ramai juga diantara mereka terus menetap di negara ini. Mereka telah berintegrasi dengan masyarakat negara ini bersama-sama membangun dan membangunkan negara. Di antara keturunan mereka terdapat beberapa orang yang menjadi pemimpin, pentadbir dan peniaga yang berwibawa. ..Seterusnya |