Majlis memperingati Peperangan Badr oleh Kerala Muslim Jamaat di Surau Malabar Hidayatul Islam

21/10/2005: Seperti tahun-tahun sebelumnya majlis berbuka puasa diadakan sepanjang bulan Ramadhan di Surau Malabar Hidayatul Islam, di taja oleh persatuan serta individu. Moreh 17 hb Ramadhan iaitu hari memperingati Peperangan Badr pada kali ini telah ditaja oleh Kerala Muslim Jamaat. Pada hari ini juga Jamaat telah  memberi bantuan kewangan kepada 40 keluarga miskin.

Majlis telah bermula selepas Solat Asar dengan bacaan Badr Maulud yang dihadiri oleh hampir 70 orang. Setelah itu sebuah ceramah tentang peristiwa Badr telah di sampaikan oleh  Ustaz Abdul Kareem, Imam Surau. Seterusnya Presiden Jamaat telah menyampaikan ucapan ringkas sebelum majlis bersurai ke Dewan Terbuka Surau Malabar untuk berbuka puasa dan penyampaian bantuan.

Penyampaian bantuan kepada keluarga kurang berada telah diberikan sejurus sebelum waktu berbuka puasa. Bantuan sebanyak RM 200 telah disampaikan kepada 40 keluarga kurang berada. Seterusnya majlis berbuka diadakan. Makanan telah  disediakan di kawasan surau sendiri oleh Sdr Aida Ros. Ini telah diikuti oleh  Solat Maghrib, Bacaan Surah Yaasin, Tahlil Solat Isyak serta Tarawih  seperti hari-hari sebelumnya. Majlis selesai setelah moreh pada lebih kurang 10.30 malam.

Webmaster