Majlis Tilawah al-Quran kali ke 2 Surau Malabar Hidayatul Islam



30 Oktober 2005. Sebuah Majlis Tilawah al-Quran telah diadakan pada hari ini, 26 Ramadhan 1426 Hijrah. Ini kerupakan kali kedua majlis seperti ini dianjurkan oleh surau, kali pertamanya diadakan pada 17 Ramadhan tahun lalu. Majlis ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan hampir 40 orang peserta mengambil bahagian. Program pada hari ini adalah sebahagian dari sambutan malam 27 Ramadhan di mana agneda telah diteruskan dengan berbuka puasa Tarawih dan program Qiamul- Lail sehingga pagi esoknya.
Majlis Tilawah ini bermula pada pukul 3.30 petang. Para peserta yang telah menghantar borang perdaftaran sebelumnya telah didaftarkan dan surah -surah yang perlu di baca telah diundi. Beberapa permohonan yang lewat terpaksa di tolak kerana bilangan peserta telah melebihi jangkaan.
Sejurus selepas Solat Asar majlis, telah dimulakan dengan Sdr Mutalib menjadi Pengerusi Majlis. Setelah doa pembukaan oleh Ustaz Abdul Kareem, Pengerusi Surau Tuan Haji Kunhimon bin A.P. Hydross telah memberi ucapan pendek. Di dalam ucapannya beliau telah menyatakan rasa gembiranya dengan sambutan yang menggalakkan untuk majlis tilawah ini.
Seramai 39 orang peserta telah mengambil bahagian. Para peserta telah dibahagikan kepada 4 kategori iaitu kategori bawah 15 tahun lelaki dan perempuan serta dan kategori bawah 10 tahun, lelaki dan juga perempuan. Kedua- dua kategori bawah 15 di kehendaki membaca surah al Fatihah serta sebahagian dari surah- sutah panjang yang terpilih. kategori bawah 10 tahun di kehendaki membaca Surah alFatihah serta salah surah surah pendek.
Dua orang pengadil Ustaz Abdul Kareem dari Surau Malabar serta Ustaz Mustafa dari Masjid Damasara telah mengadili pertandingan ini. Pemarkahan adalah berdasarkan kepada tajwid, makhraj serta kelancaran bacaan Majlis telah berjalan dengan lancar walaupun PA system surau tidak berfungsi dipertengahan majlis. Para Qari dan Qariah telah memperdengarkan bacaan ayat -ayat suci dengan tenang dan lancar.
Penyampaian hadiah telah diadakan sejurus selepas bacaan selesai. Hadiah serta sijil telah disampaikan kepada pemenang dan juga kepada setiap peserta yang bertanding. Pengerusi Surau telah menyampaikan hadiah kepada peserta lelaki di bawah 15 tahun sementara Naib Pengerusi Surau, Tuan Haji Abu Bakar telah menyampaikan hadiah kepada peserta lelaki bawah 10 tahun. Puan Hajjah Subaida dan Puan Jaura Bee Bee Pengerusi Nusrat al Muslimah telah menyampaikan hadiah kepada kategori-kategori wanita.Hadiah hadiah iin adalah sumbangna Sdr Mustafa serta Sdr Abdul Hamid.Seterusnya doa penutup telah diadakan, dibaca oleh Ustaz Mustafa sebelum majlis bersurai untuk berbuka puasa
Persiapan rapi telah dibuat untuk memastikan masjis berjalan dengan sempurna di dalam masa yang ditetapkan. Pentas untuk tilawah ini dibina oleh pemuda diketuai oleh Sdr Razali dan Sdr Ikbal di sebelah selatan ruang solat, siap 2 hari sebelum majlis. Pendaftaran dan pengundian diuruskan oleh Puan Zubaidah serta Puan Aminah. Sdr Abdul Mutalib telah memainkan peranan Pengerusi Majlis dengan cemerlang. Peserta lelaki telah diurus oleh Sdr Ridhwan dan Sdr Zahir sementara peserta wanita oleh Cik Tazneem. Pengiraan markah para pengadil serta penyediaan sijil telah telah diurus dengan jitu oleh Sdr razak dan Sdr Jabran. Insya Allah program seperti ini boleh terus dijalankan dengan lebih cemerlang pada tahun hadapan.