Aidil Adha di Surau Malabar Hidayatul Islam

21/1/2005 Sembahyang Hari Raya Aidil Adha telah diadakan di surau Malabar Hidayatul Islam pada hari ini. lebih 300 orang telah menghadiri Solat Sunat ini.
Aidil Adha juga dikenali sebagai 'valiya perunnal'. Walaupun perkataan ini jarang digunakan pada hari ini ianya bermaksud 'hari perayaan yang besar'. Ini berbanding dengan Aidil Fitr yang di panggil 'ceriya perunnal' iaitu 'hari perayaan yang kecil'. Perkataan ini dengan sendirinya menyedarkan kita bahawa Aidil Adha merupakan perayaan yang lebih besar di kalangan Malabari di mana Takbir biasanya berkumandang sehingga ke Hari Tasyrik ke tiga. Walaubagaimana pun dengan peredaran masa dan tempat Aidil Ftr dirayakan dengan lebih gilang gemilang pada hari ini.
Takbir telah mula berkumandang di pagi raya dari pukul 8 pagi lagi. Orang
ramai mula berkumpul di masjid dari dekat dan jauh sehingga dari Banting. Pada
pukul 8.30 pagi Imam telah menyampaikan arahan cara sembahyang dalam Bahasa
Malayalam dan Melayu. Setelah sembahyang, khutbah telah disampaikan oleh
Imam dalam Bahasa Arab. Seterusnya setelah turun dari mimbar beliau telah
menyampaikan ceramah ringkas mengenai kepentingan hari raya haji ini dalam
bahasa Malayalam. Para hadirin seterusnya telah bersurai ke Dewan terbuka surau
Malabar dan menjamu selera dengan puttu mayam dan kari ayam yang disediakan.
Makanan kali ini disediakan oleh Sdr Aida Ros dan keluarga di kawasan surau
sendiri.

Para hadirin telah bersurai pada lebih kurang pukul 11 pagi untuk merayakan Hari Raya bersama sanak saudara dan sahabat handai. Pada kali ini, Ibadah korban telah di tunda 2 hari ke hadapan iaitu pada hari Ahad 23 Januari 2005, Ini adalah kerana Hari Raya jatuh pada hari Jumaat. Korban, jika diadakan pada hari yang sama akan menyukarkan para Muslimin menghadiri Sembahyang Jumaat dan juga Ibadah Korban pada hari yang sama.