Pelancaran Kompang Malabari di Surau Malabar Selayang.

13 Jun 2004. Sebuah kumpulan kompang Malabari (aravana)  telah dilancarkan di Surau Malabar Hidayatul Islam di Selayang hari ini. Walaupun kumpulan aravana telah ada di negeri Johor, inilah kali pertama kumpulan seumpama ini ditubuhkan di Selangor atau Kuala Lumpur.

Perancangan untuk  mengadakan kumpulan ini telah bermula  dua bulan yang lalu. Ianya telah   diumumkan dalam buletin pertama surau yang dikeluarkan pada bulan Mei yang lalu. Aravana ( atau daff dalam bahasa Arab) ini  telah dibawa khas dari Kerala dan ditaja oleh Sdr Ibrahim Haji Mohamed.

Hampir 20 orang para remaja telah hadir untuk mendaftar pada hari ini. Majlis ini turut diserikan oleh beberapa orang anggota masyarakat dan juga jawatankuasa kariah surau. Majlis  yang ringkas ini telah bermula setelah sembahyang Asar. Ustaz Abdul Kareem telah memulakan majlis dengan bacaan doa selamat. Setelah itu, Pengerusi masjid  Tuan Haji Kunhimon Hydross telah menyampaikan ucapannya memperkenalkan 'aravana' kepada majlis. Menurut beliau, hasrat untuk menubuhkan sebuah kumpulan seperti ini telah wujud dari tahun 1960-an lagi tetapi inilah kali pertama ianya berjaya diperkenallkan di Selangor dan Kuala Lumpur. Beliau seterusnya  merasmikan kumpulan kompang Malabari ini. Ustaz Abdul Kareem seterusnya telah berucap. Dalam ucapannya beliau mengatakan bahawa amalan 'daff' ini sebenarnya adalah sunat dan merupakan satu ibadah kerana ianya pernah dilakukan untuk menerima kedatangan Rasulullah s.a.w. oleh penghuni  kota Madinah semasa peristiwa Hijrah dahulu. Seterusnya Ustaz memulakan kelas aravana yang  pertama pada hari ini.

Kelas ini akan diadakan pada setiap hujung minggu. Kami  difahamkan oleh Tuan Haji Omar Avuni dari jawatankuasa surau, bahawa  kelas tersebut akan dipecahkan kepada dua kumpulan disebabkan oleh sambutan yang amat menggalakkan. Kelas ini dijangka diadakan pada hari Sabtu dan Ahad setiap hati untuk kumpulan yang berlainan.

Kami amat berbangga dengan adanya kelas aravana yang pertama  ini di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Ini akan memberi peluang kepada remaja Malabari ini mengenali dengan lebih rapat lagi sebuah dari tradisi mereka yang kian dilupakan. Ini juga amat memberi pelunag para remaja mengisi masa dengan aktiviti yang berfaedah dan membina. Diharapkan lebih banyak aktiviti seperti ini akan dianjurkan untuk para remaja

Webmaster