Majlis  Badar Maulud di Surau Malabar Hidayatul Islam Selayang

 

31 Oktober 2004-Sambutan 17 Ramadan merupakan salah satu perayaan penting di kalangan masyarakat Malabari. Di Malaysia satu tersebut dirayakan untuk memperingati Nuzul Quran. Masyarakat Malabari pula menyambut hari tersebut untuk memperingati peristiwa Perang Badar. Pada tahun 70-an dan sebelumnya sambutan ini biasanya diadakan secara besar-besaran dengan pengedarana nasi bungkus. Pada tahun ini masyarakat Malabari di Kuala Lumpur dan persekitaranya telah cuba menghidupkan kembali tradisi ini. Lebih 200 orang telah menghadiri majlis ini.

Secara kebetulan 17 Ramadhan telah jatuh pada hari Ahad pada tahun ini. Ini membolehkan lebih ramai orang sekeluarga mengambil bahagian. Memasak telah diadakan secara gotong-royong. Kaum lelaki dan wanita terlibat secara berasingan menjayakan majlis ini. Khemah telah dipasang di hadapan surau lama. Sukarelawan telah berada di masjid dari pukul 10 pagi untuk  memulakan. Sdr Abdul Muttaalib, Tuan Haji Saleem, serta Sdr Abbas telah mengetuai bahagian memasak. Sdr Zahir dan Najib telah membantu memasak. Sdr Razali mengetuai kumpulan pemuda yang menyediakan tempat memasak. Sdr Ikbal mengetuai kumpulan pemuda yang menyediakan tempat serta menghidang makanan serta membungkus makanan.

Kaum wanita juga telah datang awal untu memjayakan majlis ini. Mereka diketuai oleh Puan Aminah, Puan Zubaidah serta Puan Azizah. Mereka telah menyediakan bahan- bahan untuk memasak dan menyediakan kuih-muih untuk berbuka puasa. Mereka juga telah menyediakan nasi putih, kari ikan , sayur, buah -buahan serta membantu dalam membungkus daging.

Pelbagai jenis makanan telah disediakan untuk majlis ini. Nasi Biriyani dan rendang daging lembu disediakan untuk makan dan juga bungkus. Dalcha , ayam goreng, nasi putih , kari ikan, sayur timun nenas, sayur nangka 'upperi' dan buah merupakan sebahagian dari makanan yang disediakan, Kuih kesari dan bubur, dan 'tari kanyi' juga disediakan untuk berbuka puasa.

Dua acara telah diadakan untuk kanak-kanak. Acara ini diadakan terutamanya  untuk anak-anak yang ibubapa mereka terlibat dalam gotong-royong. Acara -acara ini bermula dengan bertandingan mereka kad Hari Raya  untuk kanak-kanak bawah 10 tahun. kanak - kanak yang lebih kecil diberi gambar surau untuk diwarna secara bebas. Setelah sembahyang Zohor, Tilawah al-Quran telah diadakan juga untuk  kanak-kanak.15 orang telah menyertai majlis ini yang dibahagikan ke pada kategori lelaki dan perempuan.

Setelah Sembahyang Asar, majlis telah bermula dengan bacaan Badar Maulud dan Yaasin. Setelah itu Ustaz Abdul Kareem telah menyampaikan ceramah tentang peperangan Badar yang telah berlaku pada tahun kedua Hijrah.

Berbuka puasa diadakan dengan juadah ringan yang dimasak dan juga yang ditaja oleh individu. Setelah sembahyang Maghrib majlis diteruskan dengan sembahynag mayat untuk beberapa orang ynag telah meninggal dunia.penyampaian hadiah kepada pemenang Tilawah al-Quran. Hadiah pemenang lelaki serta sijil penyertaan kepada semua peserta telah disampaikan oleh Tuan Haji Syed Zainul Abideen Bafakhy Tanggal. Hadiah peserta wanita pula disampaikan oleh Puan Hajjah Subaida. Hadiah pertandingan mereka kad Hari Raya pula disampaikan oleh Tuan Hj Kunhimon, pengerusi surau.

Majlis  diteruskan dengan makan malam. Pada masa yang sama bungkusan nasi telah diedarkan untuk di bawa pulang. Setelah sembahyang Isyak, bacaan Haddad dan sembahyang terawih. Setelah para tetamu telah menjamu selera sekali lagi sebelum beredar  pulang.

 Keseluruhan majlis ini telah di adakan secara tajaan dan gotong royong. Beras telah ditaja oleh Sdr Mohamed Bapputy. Daging adalah sumbangan Sdr Abu Bakar Baputi sementara ikan disumbang oleh Sdr Mohd Saleh. Gas disumbangkan oleh Sdr Mohamed. Ramai juga yang telah menyumbang dalam bentuk tunai , hadiah serta kuih muih untuk menjayakan majlis ini. Penghargaan juga patut diberikan kepada  kesemmau sukarelawan lelaki dan wanita yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan majlis  di bulan puasa ini . Semoga Allah s.w.t memberkati segala amalan yang telah dijalankan.

Webmaster