Bengkel Azan Surau Malabar

25 Jun 2006 Ahad. Sebuah bengkel Azan telah diadakan di Surau Malabar pada hari ini. Majlis ini telah dijalankan sepenuhnya oleh Ahbaabul Masjid, Biro pemuda Surau Malabar. Bengkel ini bertujuan memberikan asas serta latihan cara-cara mengazan yang betul terutamanya kepada golonan para pemuda. Seramai lebih kurang 30 orang telah menghadiri bengkel ini.
Pendaftaran bengkel telah bermula pada pukul 2.00 petang. Pendaftaran adalah percuma dan setiap peserta disediakan fail, alat-tulis serta nota bengkel yang telah dibukukan setebal lebih 70 muka.
Bengkel telah bermula pada pukul 2.30 petang dengan Sdr Mutalib menjadi pengerusi majlis . Ustaz Khairul Napisham dari Politeknik Shah Alam telah menjalankan bengkel ini dalam dua bahagian iatu ceramah serta latihan . Selain dari kaedah , makhraj dan lagu untuk azan , ustaz juga telah menerangkan tentang hukum serta syarat- syarat azan menurut berbagai mazhab. Ustaz juga telah memberikan penerangan yang agak mendalam tentang lagu di dalam al-Quran dan bagaimana ianya boleh diaplikasikan semasa melaungkan azan.
Setelah Solat Asar dan munuman petang , bengkel telah bersambung dengan bahagian kedua iaitu sessi latihan. Setiap peserta telah diberikan tunjukajar secara individu tentang cara-cara mengazan.Majlis bersurai pada pukul 6.30 petang.
Rakaman audio telah dilakukan dan dimasukkan ke dalam CD di dalam bentuk MP3 diberikan kepada para peserta dengan sumbangan lima ringgit. CD ini berserta dengan nota bengkel agak komprehensif meliputi kandungan bengkel tersebut. Kepada sesiap yang berminat untuk mendapatkannya ,sila berhubung dengan AJK Ahbaabul Masjid Surau Malabar.