Pada 19 Febuari 2005, pemuda surau iaitu Ahbaab-ul-Masjid telah menganjurkan bengkel surah Al-Fatihah di Surau Malabar Hidayatul Islam. Bengkel ini diadakan adalah untuk memperbaiki mutu bacaan Surah Al-fatihah di kalangan masyarakat Malabari.
Bengkel ini bermula sebaik saja selesai Solat Asar. Saudara
Abdul Mutalib Bin Mohamed Ali telah mempengerusikan majlis tersebut. Bengkel
ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Ustaz Mahmud Bin Md. Isa. Beliau telah
mengendalikan bengkel ini selama 1 jam 30 minit. Dalam masa yang begitu singkat
itu beliau telah banyak memberi tunjuk ajar dan memberi panduan yang betul untuk
membaca surah Al-Fatihah dengan betul. 
Bengkel ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat malabari yang ingin memperbaiki mutu bacaan surah Al-Fatihah mereka. Tanpa dijangka , bengkel ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat malabari dan penduduk sekitar surau. Seramai 60 orang peserta lelaki dan perempuan telah mengambil bahagian dalam bengkel ini.

Alhamdulillah bengkel ini dapat berjalan dengan lancar walaupun ini adalah kali pertama Ahbaab-ul-Masjid menganjurkan bengkel seumpama ini. Pihak Ahbaab-ul-Masjid ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK surau yang telah banyak membantu dalam menjayakan bemgkel ini dan tidak lupa juga kepada semua peserta dan individu- individu yang terlibat bagi menjayakan bengkel ini.
Kami berharap pada masa yang akan datang, lebih banyak lagi aktiviti-aktiviti seperti ini akan dijalankan di surau agar masyarakat malabari dapat menambah ilmu dan meningkatkan keimanan kepada Allah s.w.t.
Disediakan oleh:
Mohd. Ikbal B. Mohd
Abdul Jaafar B. Sulaiman