Aktiviti pemuda: Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak bawah 10 tahun


15 Ogos 2004,- Golongan pemuda merupakan satu sumber tenaga dan aspirasi masa hadapan masyarakat kita. Oleh itu golongan belia ini telah dimasukkan untuk memainkan peranan aktif di dalam Bengkel Motivasi yang diadakan pada 15 Ogos ini. Salah satu aktiviti yang dirancang iaitu pertandingan mewarna adalah dikendalikan sepenuhnya oleh mereka.
Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak telah dirancang sebagai salah satu aktiviti tambahan kepada bengkel motivasi ynag diadakan. Gambar lakar surau disediakan untuk kanak-kanak bersaiz A3. Tema mewarna adalah untuk menghiasi dan mewarna Surau Malabar . Diharapkan topik seperti ini akan mencetuskan minda mereka untuk mengeluarkan idea disamping melahirkan rasa sayang kepada surau dan agama. Disamping itu dengan adanya pertandingan ini ibubapa dapat memberikan tumpuan yang sepenuhnya terhadap ceramah yang diadakan untuk mereka.
Pertandingan mewarna ini dikendalikan oleh Sdr Mohd Ikbal dan Sdr Abdul Jabbar dibantu oleh para pemuda lain. Seramai 25 orang peserta telah mengambil bahagian. Pertandingan dijalankan di anjung bahagian hadapan bangunan masjid. Pertandingan bermula pada lebih kurang 10.30 pagi sehingga hampir 12.00 tengahhari. Pensel warna serta 'sharpener' adalah diberi percuma kepada peserta hasil sumbangan orang ramai. Banyak gelagat kanak-kanak dapat dilihat pada hari itu, tetapi di kendalikan dengan baik oleh para penganjur.
Satu sistem pemarkahan telah disediakan dan pertandingan diadili oleh 3 orang yang berasingan berdasarkan kepada keativiti kekemasan dan secara keseluruhan. Hasil lukisan telah dipaparkan sewaktu makan tengahari unutk diadili. Hadiah kepada 3 pemenang utama disampaikan oleh Tuan Haji Zainal Abidin Bafakhy Tangal sempena penutup majlis.
Adalah diharap lebih banyak aktiviti ynang melibatkan para belia dan juga kanak-kanak akan diadakan di surau. Mereka ini adakah bakal pemimpin masa hadapan dan semangat cinta pada agama dan bangsa perlu dipupuk dari masa kecil lagi supaya mereka menjadi anggota masyarakat yang berguna dimasa hadapan.
Webmaster