Aktiviti Wanita: Memasak Gotong Royong Bengkel Motivasi

15 Ogos 2004.-Wanita merupakan salah satu golongan yang sering tertinggal didalam aktiviti surau. Sebagai satu cara untuk menggalakan penyertaan mereka di dalam aktiviti surau, rancangan telah dibuat supaya penyediaan makanan dibuat secara gotong royong oleh kaum wanita untuk bengkel motivasi dan majlis sembahyang hajat. Walaupun gotong-royong memasak pernah dilakukan di surau, ini adalah kali pertama ianya dilakukan oleh kaum wanita.  

 Aktiviti  memasak telah mula bermula pada pukul lapan pagi lagi. Puan Aminah telah mengetuai bahagian memasak ini. Lbih 20 orang wanita telah bersama-sama membantu dalam penyediaan makanan. Kesemua bahan memasak adalah hasil sumbangan individu. Semua peralatan memasak adalah dibawa oleh anggota masyarakat yang terlibat. Menu makan tengah hari terdiri dari nasi putih, dalcha, ayam goreng, telur masak sambal , sambal  dan dua jenis sayur.

Pendaftaran bengkel ini juga diuruskan oleh wanita. Bahagian pendaftaran telah diketuai oleh Puan Rahimah yang  juga merupakan ketua bahagian wanita PMM  yang baru ditubuhkan. Pendaftaran pelajar telah dimulakan dimulakan pada pukul 9.30 pagi.

Dalam pukul 11 pagi, kebanyakan aktiviti memasak telah selesai. kaum ibu telah bersama-sama menyertai ceramaah untuk ibu bapa yang diadakan di tempat makan di tepi surau lama. Ceramah ini oleh Sdr Mohd Sanusi Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Sumber Pendidikan Wilayah Persekutuan, teah menekankan peranan ibu bapa dalam membentuk anak -anak mereka

Sessi pagi motivasi untuk para pelajar selesai ada pukul 12.45 tengah hari. Setelah selesai, semua para peserta, ibubapa serta para jemputan telah menikmati makan tengah hari . Makanan disediakan secara 'buffet'. Makanan berhidang telah disediakan untuk  para tetamu khas serta penceramah.

Di sebelah petang kesemua ibubapa telah masuk  ke masjid untuk mendengar ceramah, tahlil, sembahyang hajatdan penyampaian sijil. Penyampaian sijil untuk pelajar wanita telah diuruskan oleh Pn Rahimah. Sijil-sijil ini telah disampaikan oleh  oleh Datin Zuhara, Hjh Subaida, Hjh Nafeesa dan Hjh Aminah.

Kami merasakan ini adalah sebuah rancangan positif surau manggalakkan aktiviti unutk kaum wanita. Adalah diharap lebih banyak aktiviti khusus yang melibatkan wanita dapat diadakan untuk kebaikan dan masadepan mereka.

Webmaster