Majlis berkhatan anjuran Kerala Muslim Jamaat

14 Dis 2003  Sebuah majlis berkhatan telah dianjurkan oleh Kerala Muslim Jamaat di Masjid Malabar Hidayatul Islam pada hari ini. Dengan mengadakan majlis ini  bertepatan dengan cuti masa sekolah sekarang ini, ianya telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Seramai 30 orang kanak -kanak telah mengambil  bahagian. Majlis berkhatan ini adalah percuma kepada keluarga ahli Jamaat. 2 orang kanak-kanak yang bukan dari ahli Jamaat dikenakan bayaran RM60 seorang.

Lebih kurang 160 orang menghadiri majlis berkhatan ini. Turut hadir adalah sdr Osman bin Mohamed Presiden jamaat dan  Major (rtd) Hj Abu Bakar selaku Presiden Majid Malabar ini. Majlis bermula dengan bacaan doa oleh Ustaz Abdul Kareem dan juga bacaan maulud. Seterusnya kanak-kanak serta keluarga diarakkan ke pejabat Jamaat di perkarangan masjid untuk makan adat. Makanan secara katering telah disediakan olen pihak Jamaat. Ahli keluarga kanak-kanak yang hadir juga telah membawa makanan untuk diberikan kepada mereka yang hadir .

 Berkhatan dimulakan pada pukul 2.00 pm. Kanak kanak yang dikhatkan berasal dari Lembah Kelang terutamanya dari kawasan Selayang dan berumur antara 5 hingga 13 tahun. Majlis ini agak emosional terutamanya kepada ibu  bapa yang menemani anak-anak mereka. Menurut Sdr Abdul Karem , Bendahari Jamaat, ibu bapa kelihatan berlinangan air mata semasa majlis sedang berlangsung. 2 orang ibu pula telah pengsan sementara apabila melihat darah!!. Walaubagaimanapun ,majlis telah berjalan dengan lancar. Denan ini juga ahli Jamaat telah bertambah seramai 6 orang.

Kami mengharapkan supaya lebih banyak majlis seperti ini diadakan dimasa hadapan untuk memupuk semangat kerja-sama dikalangna anggta masyarakat malabari. Kami juga ingin menyarankan supaya doktor-doktor dan anggota perubatan lain di kalangan malabari untuk menampilkan diri untuk menjayakan majlis seperti ini.

E-Malabari Network