Pelancaran CD dan Kaset Maulud oleh Surau Malabar.

31 Ogos 2005 Surau malabar Hidayatul Islam telah buat ulung -ulung kalinya melancarkan CD dan Kaset untuk Manqus Maulud. Bacaan Manqus Maulud merupakan bacaan yang kerap diamalkan oleh masyarakat Malabari. Pelancaran CD dan Kaset ini dibuat oleh Datuk MV Kunhimohamed pada hari ini semasa sambutan Israq dan Mikraj.
Manqus Maulud diadakan setiap hari di Surau Malabar sepanjang bulan Rabiul Awal dan juga merupakan maulud yang seringkali dinazarkan apabila ditimpa kesusahan. Ianya berasal dari Kerala dan bermula apabila Sheikh Zainuddin al Malbari pertama menyusunnya untuk masyarakat di sekitar Ponnani ditimpa wabak taun.
Rakaman CD dan Audio Kaset ini diadakan pada hari Muhiddin Maulud yang lepas di mana rakaman dilakukan oleh ahli studio perakaman yang professional. Sdr Mustafa Abdul Rahman yang telah bertungkus-lumus membuat persediaan ini harus diberi kepujian.
Tujuan penyediaan cd serta kaset ini adalah untuk menyediakan satu cara mudah untuk anggota masyarakat menghayati serta memahami cara bacaan maulud ini dengan betul. Ianya juga merupakan usaha ulung di Malaysia untuk mengekalkan amalan yang unik untuk masyarakat Malabari ini di masa akan datang. Projek ini juga diadakan untuk menambahkan dana bagi penyelenggaraan surau.
Pakej maulud ini mengandungi sebuah kaset dan cd yang mengandungi Mankus Maulud, Asyrakal Bait, serta doa maulud. Pakej kedua-dua bahan ini diberikan dengan sumbangan minima RM 25 Ringgit.
Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pakej ini bolehlah menghubungi Jawatankuasa surau