Ceramah (Vayalé) Bulanan Di Surau Malabar
19 Ogos 2005. Penyebaran ad-Din merupakan sebahagian dari tanggungjawab sesebuah institusi agama seperti Surau Malabar. Oleh itu sebuah program Ceramah agama bulanan telah dilancarkan di Surau Malabar bertitik tolak pada hari ini.
Program ceramah ini dirancang berdasarkan permintaan sesetengah anggota masyarakat untuk mengadakan ceramah bulanan di dalam bahasa Malayalam. Jawatankuasa surau bersetuju untuk mengadakannya pada hari Jumaat selepas Solat Maghrib sekali dalam sebulan. Hari Jumaat telah dipilih kerana hari berikutnya, hari Sabtu adalah hari cuti umum. Ini Insya Allah akan membolehkan lebih ramai anggota masyarakat dari jauh dan dekat termasuk kanak-kanak dan wanita menghadiri ceramah ini.
Program Ceramah kali ini di hadiri oleh lebih kurang 40 orang. Kehadiran ini walaupun agak memuaskan memandangkan hari majlis tersebut hanya diumumkan hanya tiga hari sebelumnya.
Majlis bermula selepas Solat Maghrib dimana Pengerusi Surau telah mengalu-alukan kedatangn para hadirin. Imam masjid telah memulakan ceramah setelah bacaan doa
Tajuk ceramah pada hari ini ialah "Taqwa dan Ikhlas". Ustaz Abdul Karem telah mengupas tajuk dengan baik dengan memasukkan cerita-cerita teladan contoh-contoh yang releven dengan keadaan semasa.
Ceramah telah berakhir pada pukul 9.15 malam. Majlis telah bersambung dengan Solat Isyak dan bacaan Haddad. Majlis telah bersurai setelah makan malam.
Para hadirin yang datang rata-rata berpuas hati dengan majlis yang diadakan. Ceramah seterusnya telah dirancang pada 16 September.
Jawatankuasa Surau