Maulud Sheikh Ahmad al-Kabeer ar-Rifa'ie

 

 29 Jun 2004. Sebuah majlis memperingati Sheikh Ahmad al-Kabeer ar-Rifaie telah diadakan di Surau Malabar Hidayatul Islam. Majlis ini merupakan majlis yang terbesar dianjurkan pada tahun ini  oleh surau   dengan hampir 180 orang menyertainya. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran beberapa orang ulama  sayyid yang terkemuka.

 Walaupun majlis ini  dipanggil 'maulud' hari ini merupakan hari dimana Sheikh Ahmad al-Kabeer ar-Rifa'ie r.a pulang ke Rahmatullah iaitu pada 11 Jamadilawwal. Sheikh Ahmad merupakan seorang wali Allah dan ulama terkemuka. Belaui merupakan  keturunan Rasullah s.a.w. yang ke 20 dan hidup sezaman dengan Sheikh Abdul Kadir Jilani r.a. wali Allah dan Qutub- uz- Zaman ketika itu.

 Majlis ini merupakan majlis terbesar yang dianjurkan oleh surau pada tahun ini. walaupun ianya jatuh pada hari Selasa sebuah hari bekerja, muslimin mulimat relah datang beramai-ramai untuk menjayakan majlis ini. Hampir 180 orang telah menyertai majlis ini. Ini terutamanya disebabkan oleh kehadiran beberapa orang tokoh ulama dan ahli keluarga sayyid terkemuka yang turut hadir menyerikan lagi majlis tersebut.  Ini termasuklah  Al-habib Sayid Ahmad Semait seorang pengarang dan penterjemah buku-buku ilmiah terkemuka dari Singapura. Buku-buku karya beliau dipamirkan untuk jualan di perkarangan surau  oleh seorang penjual buku persendirian  pada hari tersebut. Turut menyerikan majlis tersebut adalah

Majlis bermula dengan dengan sembahyang. Maghrib diimamkan oleh Ustaz Abu Bakar pemangku imam surau tersebut. Seterusnya bacaan Maulud  Sheikh Ahmad r.a. telah dijalankan. Sayyid Ahmad Semait juga turut membaca beberapa buah hikayat dari maulud tersebut walaupun beliau mendapati agak sukar membaca tulisan maulud itu di dalam khat 'Ponnani '

Seterusnya Pengerusi Surau Tuan Haji Kunhimon Hydross telah mengucapkan sepatah dua kata mengalu-alukan kedatangan para jemputan. Beliau juga telah menyatakan rancanagn surau untuk membina sebuah dewan untuk memudahkan ceramah-ceramah agama diadakan. Selepas Azan Isyak, Pengerusi Majlis Sdr Hassan Mohamed yang juga merupakan Setiausaha Surau telah menceritakan tentang kedatangan Islam ke Malabar. Setelah itu majlis telah menjemput alhabib Sayyid Ibrahim Bin Ahmad Al-Yahya Pegawai Khas kepada Menteri Besar Pahang untuk memperkenalkan  para alim ulama jemputan

Seterusnya, ceramah dimulakan oleh Ustaz KunhiMuhammad dalam Bahasa Malayalam. Beliau telah memperkenalkan sejarah Sheikh Ar- Rifa'ie r.a. dan menceritakan pentingnya mengikuti sunnah Nabi s.a.w. Seterusnya Ustaz Abdul Razak bin Ibrahim al Masri menyampaikan ceramahnya tentang ilmu dan para alim ulama dari keturunan Rasulullah s.a.w. 3 orang lagi para jemputan telah menyampaikan ceramah mereka.   Sayid Ahmad Semait yang  juga pernah menterjemahkan penulisan Sheikh Ar- Rifa'ie r.a. telah memberi sebuah ceramah yang mendalam tentang wali Allah tersebut. Turut menyampaikan ceramahnya adalah  Sayyid Haamid Bin Omar Al Habshyi, seorang ulama dari dari Palembang, Indonesia.

Majlis diakhiri dengan sembahyang Isyak dan bacaan Haddad. Seterusnya majlis bersurai ke khemah di tapak surau lama untuk makan malam. Para jemputan seterusnya bersurai menjangkaui pukul 11 malam.

Kmai berpendapat majlis seperti ini bermanafaat bukan sahaja sebagai ibadat, tetapi sebagai satu bentuk perjumpaan ilmiah dimana masyarakat malabari dapat menimba ilmu daripada para ulama yang terkenal di rantau ini. diharapkan lebih banyak majlis seperti ini dapat dianjurkan pada masa akan datang. Majlis seperti ini juga akan mendapat sambutan yang lebih menggalakkan sekiranya diadakan pada hujung minggu. Ini akan menarik lebih ramai orang termasuk ibu-ibu dan para pelajar sekolah hadir  mengambil manafaat daripada majlis seumpama ini.

 

Webmaster