Bantuan kepada pelajar Miskin anjuran KMJ

25 /12/2005. Kerala Muslim Jamaat telah menyampaikan bantuan kepada 30 orang pelajar miskin pada hari ini. Majis ini telah diadakan di Dewan terbuka Surau Malabar Hidayatul Islam Seramai lebih kurang 100 orang telah menghadiri majlis ini termasuk kanak kanak yang menerima bantuan.

 Majlsi telah bermula pada pukul 11 pagi dengan doa oleh Syed Zainal Abidin Bafakhy Tangal. Ini diikuti oleh ucapan Presiden KMJ dan penyampaian sumbangan kepada 30 orang pelajar tersebut. Seterusnya Ustaz Abdul Kareem dari surau Imam Surau Malabar Hidayatul Islam telah membaca doa untuk pelajar tesebur unutk bakal- bakal haji yang hadir serta unutk beberapa orang kanak-kanak ynag telah berkhatan baru-baru ini disebuah klinik berdekatan, dibawah naungan KMJ.Majlis  dihentikan seketika menunggu waktu  Solat Zohor, sebelum makan tengahari.

Kami  ingin mengucapkan tahniah kepada Jamaat kerana menganjurkan majlis bantuan  seperti ini. Penyebaran berita yang lebih meluas patut diberikan supaya menambah sambutan para hadirin.