Berita E-Malabari

Pada bulan Oktober Jemaah Malabar Johor telah mengadakan kutipan derma dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Singapore bagi tujuan membantu fakir miskin, dan yatim piatu pada bulan Ramadan Al-Mubarak ini.

Ianya merupakan satu aktiviti tahun Jemaah Malabar yang telah mula diadakan sejak lebbih 10 tahun yang lalu. Pada tahun ini kutipan derma telah di mulakan dari awal bulan Ramadan lagi meliputi semua negeri di Malaysia dan Singapura. Kutipan derma terutamanya datang dari negeri johor itu sendiri termasuk dari ahli-ahli Korporat. Kutipan derma ini telah  selesai pada 27 Ramadan ini. selain dariiitu terdapat juga ahli Korporat yang memberi sumbangan terus kepada mereka yang memerlukannya

 Menurut Sdr Hussin Ibrahim  Sebanyak RM 23508.00 telah bejaya dikumpulkan pada tahun ini. Sebanyak 139 buah keluarga telah menerima sumbangan hasil kutipan tersebut. Mereka yang layak menerima bantuan ini adald dikenalpasti dari golongan fakir-miskin, anak yatim dan mereka di bawah kebajikan. Ini termasuklah ibu tunggak, bapa tunggal, keluarga daif, mangsa -mangsa kebakaran dan banjir. Pada setiap tahun terdapat kenaikan dalam bilangan fakir miskin yang telah dikenal pasti. Pada tahun lepas, sebanyak 110 keluarga fakir miskin dan yatim piatu di kalangan Malabari dan India Muslim yang kenal pasti di seluruh negeri Johor telah diagihkan dengan wang tunai dan hamper.

Wang yang  dikumpulkan telah diagihkan kepada Pengerusi surau-surau dibawah naungan Jemaah Malabar. Kebanyakan surau-surau tersebut sudah pun mengagihkan wang tersebut  pada 27 Ramadan. Sumbangan tersebut disampaikan dalam bentu wang tunai serta barnag keperluan harian  dalam bentuk hamper beras, gula , tepung dan lain-lain keperluan asas.

Jemaah Malabar Muslim Negeri Johor merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua dermawan yang telah menghulurkan bantuan, semoga Allah s.w.t akan memberkati segala amalan dan derma yang telah dihulurkan

e-Malabari network ingin mengucapkan tahniah kepada JMMNJ yang telah berjaya melaksanakan tanggung jawab kepada anggota masyarakat yang memerlukan bantuan  dengan effisien setiap tahun.