Majlis Penyampaian Bantuan Ramadhan dan Peringatan Badar KMJ
30 Oktober 2004. Kerala Musliam Jamaat telah menganjurkan sebuah majlis peringatan Perang badar dan juga menyampaian bantuan Ramadhan serta Hari Raya kepada anggota masyarakat Malabar pada hari ini. Lebih 130 orang telah hadir untuk majlis ini
Hari ini, 16 Ramadhan merupakan more Jamaat untuk berbuka puasa di Surau Malabar Hidayatul Islam. Oleh kerana hari ini ialah hari Sabtu, orang ramai dapat berkumpul lebih awal unruk menagmbil bahagian di dalam program ynag telah dirancang.
Majlis telah bermula pada hampitr pukul 5 petang. Bacaan Maulud Badar telah diadakan sempena ulangtahun perang Badar pada hari esoknya. Seterusnya majlis telah bersurai ke temapt makan surau untuk berbuka puasa. Setelah selesai sembahyang Maghrib , para jemputan telah beredar ke Pejabat Kerala Mulsim Jamaat yang terletak di perkarangan surau di mana bantuan Hari Raya telah disampaikan
Menurut Sdr Anwar Abu Bakar, Setiausaha Jamaat, seramai 32 keluarga telah menerima bantuan tersebut. Bantuan tersebut merupakan hasil sumbangan orang ramai. Setelah itu para jemputan dihidangkan dengan makan malam. Seperti hari-hari yang sebelumnya, majlis diteruskan dengan sembahyang Isyak dan terawih dan makan sebelum bersurai.
Amalan sedekah jariah di bulan Ramadhan amat digalakkan oleh Allah s.w.t. Kami berpendapat ianya merupakan sebuah majlis yang amat baik dan perlu diteruskan. Semoga Allah s.w.t. melimpah lebih banyak rezeki kepada mereka yang memberi.
Webmaster