Majlis Tahlil serta Sumbangan Masyarakat Malabari untuk mangsa Tsunami

8 Jan 2004. Sebuah Majlis sembahyang hajat serta penyampaian bantuan kepada mangsa gempa bumi dan ombak Tsunami telah diadakan di Surau Malabar Hidayatul Islam pada hari ini. Majlis yang dianjurkan oleh surau ini dihadiri oleh lebih seratus orang.. Bantuan berupa pakaian dan makanan telah disumbangkan dengan begitu banyak sekali. Wang ringgit menghampiri RM 6000 juga telah telah disampaikan kepada mangsa-mangsa Tsunami melalui Mercy Malaysia.
Persiapan
untuk majlis ini telah bermula lebih seminggu yang lepas, stelas kerajaan
menyeru surau -surau untuk mengadakan majlis seperti ini diseluruh negara. Notis
telah diedarkan dan anggota masyarakat malabari telah mula menghantar bantuan
mereka ke surau sepanjang minggu. Pada hari majlis para pemuda telah
berkumpul dari masa tengahari lagi mengumpulkan kotak-kotak kadbod serta
mengasingkan pakaian yang baik dari yang rosak. Pakaian yang baik
seterusnya telah di bahagikan mengikut jantina dan baya seterusnya dimasukkan
dalam kotak berasingan dan dilabelkan. Beras dan Air mineral yang
disumbangkan oleh Restoran de'Maju telah disimpan berasingan.
Majlis telah bermula dengan Solat Maghrib. Ratib yang selalu diadakan pada hari Sabtu terakhir setiap bulan kalendar Islam telah digabungkan dengan majlis ini. Seterusnya Tahlil serta Bacaan Yaasin telah diadakan. Setelah Sembahyang Isyak, Sembahyang Hajat telah diadakan bersama-sama untuk memohon perlindungan Allah s.w.t. untuk kesemua orang dari bala seumpama Tsunami yang telah mengorbankan beribu-ribu nyawa.
Seterusnya Pengerusi surau Tuan Haji Kunhimon Hydross telah
menyampaikan sepatah dua kata. Didalam ucapannya beliau telah menyatakan rasa
terharunya melihat banyaknya bantuan yang telah disampaikan. Beliau juga telah
meminta para hadirin manghadiahkan Tahlil serta Yaasin yang telah dibaca kepada
mangsa Tsunami yang telah terkorban .Seterusnya beliau juga berharap
bahawa sembahyang hajat serta Ratib yang dibaca akan diterima Allah sw.t. dengan
memberkati dan melindungi sekelian yang hadir dan juga mangsa Tsunami yang
terselamat di dalam bencana tersebut.
Selepas itu beliau telah menyampaikan sumbangan wang berbentuk cek sebanyak RM 5920 serta barangan yang dikumpulkan sepanjang minggu sebelumnya kepda wakil Mercy Dr Munawar Hatta turut hadir pada majlis tersebut. Majlis makan malam telah ditaja oleh beberapa pihak. Nasi dalah sumbangan kumpulan Ratib sementara kari daging adalah sumbangan Bsimillah Restoran. Sayur, air serta papadam telah disumbangkan oleh Hj Abdullah Ahmad Kutty. Majis telah bersurai pada lebih kurang pukul 10.00 malam.
Addendum
.
MERCY Malaysia telah membawa barang-barang yang dikumpulkan pada hari Isnin 10/1/2005. Sebuah lori 3 tan yang dibawa telah sarat penuh dengan barang-barang yang dikumpulkan. Semoga Allah s.w.t memberkati kita semua dengan bantuan yang kita sampaikan. Ameen