Pengumpulan Derma serta Sembahyang Mayat untuk Mangsa Tsunami Anjuran KMJ
6/1/2005. Kerala Muslim Jamaat telah menganjurkan sebuah majlis doa, sembahyang mayat serta mengumpul derma untuk mangsa Tsunami. Menurut Sdr Hassan Maimuni Naib Presiden KMJ lebih kuranmg 45 orang telah menghadiri majlis tersebut.
Majlis ini telah diadakan pada malam Jumaat setelah sembahyang Maghrib. Tahli telah diadakan diikuti oleh sembahyang Isyak serta sembahynag mayat. Majlis telah bersurai setelah makan malam.
Majlis ini diadakan dengan perancangan dalam masa yang singkat sekali iaitu dengan notisnya mula dikeluarkan pada hari ahad 4 hari sebelum majlis tersebut. Jawatan kuasa Jamaat telah membuat lawatan dari rumah ke rumah untuk mengumpulkan barang yang didermakan oleh anggota masyarakat Malabari. Menurut Sdr Hassan lagi, satu lagi lawatan akan diadakan untuk mengumpulkan kembali barnag-barang yang dijanjikan sebelum ini.
Kami mengucapkan tahniah kepada KMJ kerana telah dapat menganjurkan majlis ini dalam masa yang begitu singkat. Walaubagaimanapun kami agak kecewa kerana majlis ini tidak diadakan bersama dengan majlis anjuran surau yang notisnya telah pun diedarkan sebelum tarikh majlis ini telah ditetapkan. Kami berharap bahawa masalah seperti ini tidak akan berulang demi untuk kesatuan masyarakat Malabari