Hari Keluarga Kerala Musim Jamaat

25/12/2003. majlis sambutan Hari Keluarga  serta Jamuan Hari Raya KMJ telah diadakan pada hari ini di FRIM, Kepong. Sambutan yang menggalakan telah diterima terutamanya daripada masyarakat Malabari yang semamangnya tertumpu di persekitaran kawasan ini. Cuaca redup sepanjang majlis membolehkan lebih ramai orang dapat mengambil bahagian dalan aktiviti yang dianjurkan.

 Majlis bermula seawal 7.30 pagi. Ucapan president KMJ Sdr Osman Hj Mohamad telah diikuti oleh pembukaan majlis ini secara rasmi oleh Dato' Kunhi Mohamed. Acara yang dianjurkan untuk semua peringkat umur. Ini termasuklah acara Telematch untuk kanak-kanak dan acara sukan seperti  tarik-tali dan 'arm wrestling' untuk orang dewasa. Untuk mereka yang lebih suka aktiviti 'indoor', acara menebar roti canai, peraduan masakan biriyani seafood dan gubahan bunga telah diadakan. Nagi mereka ingin menunjukkkan bakat makan pula , acara memakan buah pisang untuk wanita serta perduan makan pear gantung telah diadakan. Haidha -hadiah lumayan telah disediakan oleh pihak penganjur termasuklah dua buah VCD player yang telah disumbangkan oleh persatuan India Muslim Kuala Langat.

 Menurut Sdr Abdul Karim , Bendahari KMJ,  perbelanjaan keseluruhannya menjayakan majlis ini adalah lebih kurang RM 12,000. Telah dianggarkan sebanyak 650 orang telah mengunjungi  majlis ini iaitu sebuah rekod yang tertinggi, menurutnya lagi. Menurut saudara  Osman Presiden KMJ, lebih ramai orang malabari telah menampilkan diri untuk menjayakan majlis anjuran KMJ daripada masa sebelumnya sebab mereka merasakan aktiviti -aktiviti ini bermanafaat kepada mereka.

 Majlis berakhir pada pukul 3 petang. Kami  berharap lebih banyak majlis seperti ini dapat dianjurkan oleh persatuan-persatuan kita di masa akan datang. Untuk mendapat sambutan yang lebih menggalakkan, kami merasakan, hujung minggu dimasa cuti sekolah  mungkin lebih sesuai daripada hari perayaan, kerana ini  membolehkan lebih ramai orang mengambil bahagian.