Sambutan Majlis Israq Mikraj 2005

31 Ogos 2005 Malam Israq Mikraj merupakan salah satu hari terpenting di dalam sejarah Islam. Pada malam inilah sembahyang difardhukan kepada umat Islam. Pada malam ini juga Rasulullah di bawa ke Masjidul Aqsa seterusnya di angkat ke langit untuk berjumpa Allah swt.

Ulangtahun Sambutan Israq Mikraj mempunyai makna yang tersendiri kepada Surau Malabar Hidayatul Islam. Ianya merupakan hari di mana surau ini diwaqafkan tiga tahun dahulu. Oleh itu juga, hari ini dipilih untuk melancarkan CD serta Kaset Maulud yang dikeluarkan oleh surau Malabar. Majlis hari juga istimewa kerana terdapat seorang tetamu kehormat, Syed Ali Bafaqi Tangal dari Kerala yang menyerikan majlis ini. Syed Ali Bafaqi Tangal merupakan salah seorang pemimpin agama yang terkemuka di Kerala. Beliau adalah keturunan Rasulullah yang ke34. Diantara jawatan beliau sandang adalah sebagai presiden Samastha Kerala Jamiatul Muallimi dan sebagai Naib President Masqas Saqafi Sunniya

Majlis telah bermula dengan Solat Maghrib dan diikuti oleh Bacaan Surah Yaasin.Doa setelah Yasiin tadi dibacakan oleh Syed Ali Bafaqi Tangal.Seterusnya Pengerusi Surau telah berucap mengalu-alukan kedatangan tetamu kehormat Syed Ali Bafaqi Tangal. Beliau juga telah memaklumkan majlis tentang pelancaran cd dan kaset maulud dan mengucapkan terima kasih kepada Sdr Mustafa yang telah bertungkus-lumus menyediakan CD ini. Seterusnya sebuah syarahan ugama tentang isra miraj telah di sampaikan oleh Ustaz Abdul Kareem. Beliau telah mnceritakan tentang peristiwa perjalanan nabi secara terperinci. Majlis diteruskan dengan Datuk MV Kunhimohamed melancarkan cd dan kaset maulud. Beliau juga telah memuji usaha Surau Malabar dalam menyediakan cd ini.

Setelah Solat Isyak dan Bacaan Haddad, majlis telah bersurai ke dewan terbuka untuk makan malam. Makan pada hari ini telah disediakan oleh Haji Abdullah dan ditaja oleh Datuk MV Kunhimohamed.