Majlis 'Jasamu di kenang- Tun Mahathir Muhammad'

 

12 JULAI 2005.Pada hari ini, sebuah majlis gilang gemilang diadakan oleh masyarakat Malabari dan India Muslim. Majlis ini diteraju oleh Jemaah Malabar Muslim Negeri Johor dengan sokongan 25 NGO lain . Ini termasuklah PERMIM , Persatuan Malabari Malaysia,Persatuan Malabar Muslim Jamaat Negeri Melaka dan Surau Malabar Hidayatul Islam, Selayang. Inilah julung  kalinya, masyarakat Malabari telah menerajui satu majlis yang besar seperti ini.

 Tun Mahathir Muhamamd telah banyak menabur jasa kepada seluruh masyarakat Malaysia. Kaum Malabari serta India Muslim juga tidak ketinggalan, terhutang budi kepada Tun Mahathir kerana  beliau telah membantu membangunkan masyarakat ini seiring dengan masyarakat lain di Malaysia. Sebagai mengenangkan jasa-jasa beliau ini, hampir kesemua NGO masyarakat tersebut telah bersatu berganding bahu untuk menjayakan majlis yang gilang gemilang ini.

Perbincangan untuk  mengadakan majlis ini dia ntara NGO yang terlibat telah bermula beberapa bulan sebelumnya. Sebuah Jawarankuasa telah dibentuk, dipengerusikan oleh Tuan Hj Taslim untuk menjayakan majlis ini. Tarikh majlis ini yang ditetapkan dan diumumkan pada peringkat awalnya iaitu 21 Mei 2005 terpaksa di tunda kerana jadual Tun Mahathir yang agak ketat pada masa itu. Akhirnya tarikh 12 Jun 2005 telah ditetapkan dan keputusan telah dicapai untuk mengadakannya di PWTC Kuala lumpur. Beberapa mesyuarat telah di adakan bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar. Tiket mula di jual dengan harga RM 100 hingga RM 5000 unutk setiap individu.

Majlis telah bermula pada lebih kurang pukul 8.30 malam. Setelah tetamu kehormat tiba majlis dimulakan dengan doa oleh Tuan Syed Zainal Abidin Bafakhy Tangal. Seterusnya Datuk Iqbal telah menyampaikan kata-kata aluannya . Majlis kemudiannya diteruskan dengan persembahan seni masyarakat Malabari seperti Aravana dan KolKali. Seterusnya ucapan telah disampaikan oleh beberapa pemimpin masyarakat yang membantu menjayakan majlis ini .  Sebuah tayangan multi media menunjukkan sejarah hidup serta kegemilangan semasa pemerintahan Tun Mahathir telah berjaya memikat hati para hadirin.

Tun Mahathir juga telah menyampaikan sepatah dua kata. Di dalam ucapannya beliau menyatakan rasa terharu beliau kerana masyarakat kita masih  mengingati beliau di kala ramai yang mula melupakannya. Beliau juga telah menyentuh tentang pertalian darah kesemua bekas- bekas Perdana Menteri malaysia yang dahulu dengan masyarakat luar termasuk beliau sendiri yang mempunyai pertalian darah dengan masyarakat kita.

Para hadirin telah  datang dari pelbagai lapisan masyarakat, dari jauh dan dekat, beramai-ramai. untuk  menjayakan majlis ini. Kesemua meja  penuh dengan para hadirin yang bangga dengan kejayaaan masyarakat kita menganjurkan majlis yang sebesar ini.

Kami ingin mengucapkan syabas kepada Persatuan Jemaah Malabar Muslim Negeri Johor yang telah berjaya menerajui majlis  yang sebesar ini. Adalah diharapkan bahawa  lebih banyak majlis yang besar seperti ini dapat dianjurkan untuk memajukan lagi masyarakat kita  di dalam semua bidang.

 Webmaster