Konvensyen Malabari 2006 di Melaka

5 Mac 2006.Persatuan Malabari Melaka telah menganjurkan Konvensyen Malabari buat kedua kalinya pada 5 March 2006. Konvensyen ini telah diadakan di Puteri Resort di Air Keroh, Melaka. Konvensyen telah bermuka dengan pendaftaran pada pukul 7.30 pagi. Seramai lebih kurang 300 orang telah menghadiri konvensyen ini. Para peserta datang dari beberapa negeri seperti Selangor, Johor ,Negeri Sembilan, dan Pahang selain dari negeri Melaka sendiri.
Konvensyen telah bermula pada pukul 8.30 pagi. Para peserta telah diberikan
sebuah beg, key chain dan buku cenderamata secara percuma semasa mendaftar.
Seramai 3 orang penceramah Dr Mokhtar Salinin ,Dr Shankar Moorty, ASP Azman bin
Ahmad Sapri telah menyampaikan ceramah dalam bidang-bidang kepakaran mereka
iaitu tentang peranan keluarga ,kesihatan dan jenayah.

Pada pukul 12.30 Setiuasaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Ismail bin Salleh tiba untuk merasmikan konvensyen. Beliau yang mewakli Ketua Menteri Melaka yang tidak dapat hadir kerana menghadiri mesyuarat tergempar di Putrajaya. Setelah membacakan teks ucapan ketua menteri beliau telah merasmiakan majlis tersebut. Seterusnya, doa telah dibaca oleh Imbichi Koya Tanggal dari Kerala.
Cenderarahati kemudiannya disampaikan kepada tetamu kehormat termasuklah Hj Kunhimon Hydross, Pengerusi Surau Malabar Hidayatul Islam, Sdr Hussin bin Ibrahim Naib Presiden Jemah Malabar Negeri Johor, Presiden Kerala Samajam Melaka, serta Sdr Fazil Abdul Rahman, wakil dari Tampin. Majlis kemudiannya telah bersurai untuk makan tengahari serta Solat Zohor.
Sesi sebelah petang dihadiri oleh masyarakat Malabari sahaja. Hj Ibrahim Moideen Kutty telah mempengerusikan sesi petang tersebut. Datuk Muhammad Sulaiman di dalam ucapannya telah mencadangkan supaya satu pertubuhan Malabari se Malaysia diadakan. Ustaz Mustafa dari Kuantan seterusnya menyatakan perlunya kerjasama masyarakat Malabari seluruh negara. Dr Hisham dari Kuala Lumpur menerangkan bahawa pertubuhan senegara ini perlulah ditubuhkan dengan kerjasama dan asas kukuh kesemua persatuan yang sedia ada. Sdr Hussin Ibrahim dari Johor pula menegaskan lagi perlunya pertubuhan senegara yang dilakukan dengan kerjasama persatuan yang sedia ada.
Hj Kunhimon seterusnya berucap perlunya sebuah jawatankuasa protem bebas ditubuhkan untuk mengkaji perlaksanaan cadangan tadi. Beluai jug atelah mencadangkan Datuk Sualiman untuk menjadi pengerusi jawatankuasa ini.
Datuk Sulaiman telah dipilih sebulat suara menjadi pengerusi Jawatankuasa tersebut. Sdr Hussin Ibharim dari Johor pula menjadi Timbalan Presiden . Dr Hisham Kunhimon pula telah dipilih sebagai Naib presiden. Hj Ibrahim Moideen Kutty telah dipilih menjadi Setiausaha sementara Sdr Fazil Abu Bakar dipilih menjadi Bendahari jawatankuasa protem tersebut. Jawatankuasa protem bebas ini bertanggungjawab mengkaji pembentukan sebuah kesatuan Malabari di peringkat kebangsaan. Konvensyen telah bersurai pada pukul 5.00 petang.