Majlis Bantuan Untuk Mangsa Peperangan di Lebanon

3 September 2006 Serangan 34 hari Israel ke atas Lebanon sejak 12 Julai yang lalu telah meninggalkan ramai penduduknya terutamanya umat Islam di dalam keadaan yang amat sengsara. Banyak negara yang bersimpati dengan mereka telah cuba menghulurkan berbagai bentuk bantuan kepada mereka. Masyarakat Malabari juga tidak ketinggalan menghulurkan bantuan seberapa yang mungkin.
Surau Malabar Hidayatul Islam secara usaha sama dengan Kerala Muslim Jamaat Selangor dan Wilayah Persekutuan telah mengadakan sebuah majlis untuk membantu mengumpul dana kepada mereka yang terlibat pada 3 September 2006. Persatuan Malabari Malaysia tidak dapat menyertai usahasama ini kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Peresdiaan untuk majlis ini telah bermula dari pagi lagi dengan memasak secara gotong-royong. Kesemua bahan masakan juga adalah dari sumbangan orang ramai. Majlis telah bermula dengan Solat Maghrib dan bacaan Haddad Ratib yang lazim diadakan. Setelah bacaan Surah Yaasin majlis telah diteruskan dengan ceramah oleh dua orang tetamu jemputan.
Pensyarah pertama, Dr Hafizi Mohd Noor, bekas presiden Jemaah Islah Malaysia merupakan seorang tokoh yang arif tentang masaalah di Palestin. Belaui juga pernah menulis dua buah buku tentang masalah di Palestin. Beliau telah menceritakan tentang sejarah dan latarbelakang masalah di Palestin.
Pensyarah kedua pula adalah Prof Mohd Ikram Mohd Salleh merupakan Naib Pengerusi MERCY Malaysia sebuah badan kebajikan oleh doktor –doktor Malaysia. Beliau telah menceritakan tentang keadaan di Lebanon sekarang dan cara –cara unutk menyampaikan bantuan kepada mangsa peperangan.
Jualan buku –buku ynag berkaitan dengan peristiwa juga telah diadakan oleh Islamic Book Trust. Buku –buku karangan Dr Mohd Hafizi juga telah diadakan.
Lebih RM 13000 telah dijanjikan dan dikumpul sebahagiannya pada hari tersebut.Kerala Muslim Jamaat dan Suaru Malabar berharap unutk mengumpul lebih dari dua puluh ribu ringgit untuk di sumbangkan melalui Mercy Malaysia.
Jawatan Kuasa Suarau Malabar