Majlis Majlis Maal Hijrah Surau Malabar & Anugerah Tokoh Dalam Kenangan sempena Maal Hijrah 1427

31 Jan 2005. Majlis sempena Maal Hijrah diadakan buat julung kalinya di Surau Malabar, mendahului majlis hari Asyura yang lazimnya diadakan. Majlis ini diadakan bertujuan memenuhi kehendak anggota masyarakat supaya ceramah tentang ibadah di hari Asyura dan Tasua dapat diberikan beberapa hari sebelumnya. Penyampaian Anugerah Tokoh Dalam Kenangan Sempena  Maal Hijrah yang pada tahun dahulu diadakan pada hari Asyura juga telah di bawa kehadapan ke hari ini. Lebih kurang 100 orang telah menghadiri majlis ini

 Majlis  telah bermula dengan solat maghrib dan diikuti oleh bacaan Surah Yaasin. Ini telah diikuti oleh ceramah Ustaz Abdul Karim telah menekankan tentang kepentingan Muharram Hari Asura serta ibadah yang disunatkan pada bulan Muharram.

 Pengerusi Surau Malabar seterusnya telah menyampaikan ucapan sebuah ucapan pendek. Seterusnya Syed Zainal Abidin Bafakhy Tanggal telah menyampaikan anugerah Tokoh Dalam Kenangan Sempena Maal Hijrah kepada dua orang tokoh yang telah banyak membantu dalam perkembangan surau ini serta masjid terdahulu. Tokoh-tokoh tersebut adalah

 Majlis ini telah diakhiri dengan Solat Isyak serta makan malam. Makanan pada hari ini telah ditaja oleh Restoran D’Maju. Semoga Allah s.w.t. memberkati kita semua di tahun baru ini