Sambutan Maal Hijrah 1428, Hari Asyura dan Penyampaian Anugerah Tokoh Maal Hijrah Surau Malabar

28 Januari 2007, Ahad. Ketibaan tahun hijrah yang ke 1428 telah disambut dengan gemilang di Surau Malabar. Oleh kerana hari 10 Muharram merupakan hari yang perlu dipenuhi dengan ibadah majlis sambutan maal hijrah telah disatukan dengan malam hari asyura supaya penerangan tentang ibadah yang  patut dijalankan esoknya dapat diberikan kepada para hadirin yang menjayakan majlis hari tersebut.

Persediaan untuk majlis telah dimulakan selepas waktu zohor. Penyediaan makanan juadah makan malam, berbuka puasa serta bubur hari asyura telah diadakan secara gotong-royong. Beras untuk majlis ini telah ditaja oleh Sdr Abdul Rahim. Bahagian memasak diketuai oleh Tuan Haji Abdullah. Ahbaabul Majsid telah menerajui bahagian membungkus.

Majlis telah dimulakan selepas Solat Maghrib. Bacaan Haddaad serta Surah Yaasin telah diikuti oleh ceramah oleh Ustaz Abdul Rasyid AsSaquafi tentang Awal Muharam, Hari Asyura serta ibadah yang patut dijalankan pada hari tersebut. Beliau juga telah menerangkan tentang asal-usul ibadah yang dijalankan pada hari tersebut serta sejarah bermula adat seperti bubur asyura.

Tahun 1427 hijrah merupakan tahun yang banyak membawa kejayaan kepada Surau Malabar. Adalah diharap bahawa tahun 1428 akan membawa banyak lagi kejayaan serta kemajuan kepada kita semua

Jawatankuasa Surau Malabar