Sambutan Maulidur Rasul
21 April 2005. Sambutan Maulud telah diadakan secara besar-besaran di Surau Malabar Hidayatul Islam pada hari ini. Seperti biasnya sambutan paad 12 Rabiul awal ini yang di anjurkan dianjurkan oleh Kerala Muslim Jamaat, telah mendapat sambutan yang menggalakkan.
Sambutan Maulud merupakan salah satu sambutan yang terbesar sekali diadakan oleh masyarakat malabari di Malaysia. Bagi Jamaat pula ianya merupakan satu-satunya sambutan tahunan yang terbesar dan juga merupakan sumber pendapatan terbesar untuk menjalankan aktivitinya yang lain sepanjang tahun. Oleh itu pungutan derma secara besar-besaran telah dijalankan bukan sahaja di Selangor dan KL tetapi juga di negeri-negeri lain yang berdekatan. Seperti biasanya juga barangan asas seperti beras juga telah mendapat ‘sponsor’ individu.
Persediaan akhir bermula pada malam sebelumnya. Tiga khemah tambahan telah dipasang di hadapan Dewan Terbuka Sraua Malabar untuk menampung para hadirin dan pengedaran makanan. Ramai pemuda telah berkumpul sejak dari malam lagi bagi menjayakan majlis ini. Persediaan telah bermula dari awal pagi bagi memastikan makanan tidak rosak. Proses membungkus telah berjalan dengan lancar. Tdiak seperti tahun sebelumnya bungkusan telah dibuat di dalam bekas plastik tahan microwave – seperti yang dilakukan di surau pada minggu yang sebelumnya. Daging untuk diedar telah dibungkus dalam bag plastik untuk diedarkan. Makanan biriyani untuk yang hadir telah di masak berasingan.
Majlis di surau telah bermula pada pukul 11 pagi . Ucapan Presiden telah diikuti dua ceramah, satu dalam bahasa Malayalam sementara yang seterusnya di dalam bahasa Melayu. Seterusnya bacaan Maulud telah diadakan. Makanan telah diedarkan selepas solat Zohor. Para hadirin telah bersurai setelah makan tengahari
Alhamdulillah majlis maulud ini telah berjalan dengan lancar. Jamaat telah mengambil iktibar daripada majlis tahun lepas di mana buat pertama kalinya kebanyakan nasi yang diedar telah rosak. Dengan melewatkan permulaan memasak , mempercepatkan pengedaran dan memperbaiki cara pembungkusan, nasi maulud dapat dinikmati oleh semua. Kami berharap bahawa kaedah baru ini dapat dikekalkan. Kami juga berharap bahawa di dalam majlis akan datang Jamaat akan bekerjasama dengan Persatuan Malabari Malaysia (PMM) dan Jawatankuasa surau dalam menjayakan majlis ini seperti yang dilakukan untuk beberapa tahun sehingga ke tahun lepas. Ini akan dapat merapatkan kerjasama antara persatuan yang amat perlu untuk keutuhan masyarakat Malabari di Malaysia
Webmaster