Sambutan Maulud di Surau Malabar anjuran Kerala Muslim Jamaat.

11 April 2006. Majis Maulud 12 Rabiul Awwal, sambutan hari kelahiran Rasulullah telah dijalankan dengan meriah hari ini di Surau Malabar. Majlis hari ini telah di taja oleh Kerala Muslim Jamaat. Walaupun sambutan maulud sememangnya di adakan sepanjang bulan Rabiul Awal  ditaja oleh oleh persatuan serta individu,  sambutan yang paling besar setiap tahun di adakan pada hari maulud sendiri di taja oleh Kerala Muslim Jamaat . Lebih kurang 8000 bungkusan nasi telah pada hari ini.

Persediaan majlis ini sendiri sendiri bermula dengan penyediaan makanan untuk dibungkus. Ini telah bermula dari malam sebelumnya.S dr Abbas telah memimpin masakan pada hari tersebut. Sebanyak 8000 bungkusan nasi telah disediakan.

Majlis telah bermula pada pukul 10.30 pagi dengan ucapan setiausaha KMJ. Ucapan beliau menitikberatkan sejarah Jamaat. Ini telah diikuti oleh ceramah agama oleh penceramah undangan iaitu Ustaz Kunhimohamad yang diantara lain menerangkan bahawa majlis maulud boleh dijalankan sepanjang bulan malah bila-bila masa sekalipun.

Majlis seterusnya telah diteruskan dengan bacaan Manqus Maulud serta Ashrakal bayt. Seterusnya majlis telah bersurai ke tempat makan setelah solat Zohor untuk makan tengahari. Nasi bungkus telah diedarkan untuk dibawa pulang. Pada kali ini terdapat kelewatan sedikit semasa pembungkusan menyebabkan sesetengah orang lewat mendapat nasi. Majlis telah bersurai pada pukul 3.00 petang.