Majlis Maulud - Masa Unutk muhasabah diri dan masyarakat


Click to go to the Main Page

Majlis Maulud 2008 - Masa Untuk Muhasabah diri dan masyarakat

Maulidur rasul merupakan hari di mana kebanyakan anggota masyarakat Malabari berkumpul. Sudah menjadi lumrah bagi masyarakat Malabari di Malaysia untuk bersama -sama menyambut hari kelahiran junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.sebara besar-besaran. Pada hari ini juga nasi akan dimasak dan diedarkan kepada anggota masyakarat dari jauh dan dekat. Nasi maulud ini sememangnya ditunggu tunggu oleh anggota masyarakat kita. Pada hari di mana kita berkumpul ini, kita patut merenung kembali apa yang kita lakukan dan bagaiman kita harus memperbaikinya.

Maulidur Rasul is a day when most of the Malabar Muslim community members will come together at one place. It has been the practice for the Malabari in Malaysia to celebrate the Holy Prophets birthday with distribution of rice made from the donation collected from shops and houses. The maulud rice is usually eagerly awaited bay every household. On this day when most of us come togather to have to evaluate on how we have performed nad how we can improve ourselves.

Di Selangor dan Kuala Lumpur, Kerala Muslim Jamaat telah menjalankan majlis ini pada tanggal 20 Mac 2008. Menurut Presiden Jamaat En Hassan Maimunni  lebiuh dari lebih dari 30 ribu ringgit telah terkumpul melalui pungutan derma maulud dari rumah -rumah dan keadi -kedai. Persediaan untuk memasak telah bermula dari awal pagi . Majlis pula dimulakan dengan perarakan di perkarangan Surau Malabar. Seterusnya majlis diteruskan dengan ceramah agama diikuti oleh ucapan naib presiden Jamaat En Musa. Ini diikuti  oleh bacaan Maulud dan solat Zohor. Pengedaran  nasi telah dijalankan di antara pukul 2 hingga pukul 5 petang.

Muhasabah diri.

Walaubagaimanapun beberapa insiden yang boleh diperbaiki telah berlaku di dalam majlis ini dan perlu diambil iktibar oleh setiap anggota masyarakat kita.  Kebanyakan orang yang membawa pulang nasi bungkus telah mendapat daging yang rosak dan nasi yang kurang masak. dan terpaksa membuangnya. Nasi maulud ini dianggap sebagai 'cheerani' dan membuangkan begitu sahaja sememangnya menyayat hati setiap orang yang terlibat. Nasi yang diedarkan juga tidak mencukupi dan lewat sehingga ada yang terpaksa menunggu di surau selama hampir tiga jam setelah selesai majlis  untuk mendapat makanan. Kami difahamkan terdapat kelewatan di dalam memasak serta membungkus nasi.

Satu lagi  insiden yang tidak diingini berlaku adalah ucapan Naib Presiden KMJ di dalam yang telah mencela pemimpin masyarakat terdahulu dan memanggilnya mereka "syaitan dan iblis". Kata-kata tersebut tersebut sememangnya tidak sesuai untuk digunakan oleh seorang pemimpin masyakarat.

Selepas majlis kali ini, penduduk dari kawasan Damansara dan juga  Persatuan Malabari Malaysia telah mengemukakan surat rasa tidak puas hati mereka secara rasmi.  Menurut presidennya, KMJ sedang cuba memperbetulkan masalah masakan ini dengan mengadakan sebuah majlis tambahan pada 6 April 2008 dan mengedarkan 2000 lagi bungkusan nasi.

Kita hendaklah mengambil iktibar dari kesalahan yang berlaku sebelum ini dan patut mengambil langkah memperbaiki majlis yang kita jalankan ini. Keadaan ini agak memalukan kerana masyakarat Malabari yang dianggap sebagai 'pakar' di dalam memasak, tidak dapat mengendalikan kualiti makanan dengan baik. Walaupun kerosakan nasi berlaku hampir setiap tahun  sejak empat tahun kebelakangan ini,  bilangan bungkusan makanan yang rosak kali ini adalah lebih teruk dari dahulu.

Kepentingan para hadirin  juga patut diambil berat kerana walau apa sekalipun majlis ini diadakan dengan pungutan derma orang ramai. Sikap pemimpin masyakarat kita kini juga patut diperbaiki.  Kata-kata mengaibkan orang lain di khalayak ramai menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab  yang tidak patut ada pada pemimpin masyarakat dan boleh mngakibatkan perpecahan di kalangan masyarakat..

Akhirkata, kita patut berusaha memperbetulkan kesilapan yang berlaku supaya majlis yang akan datang dapat dijayakan  dengan cemerlang. Anggota masyakarat juga perlu lebih proaktif dan memberikan pendapat mereka supaya aktiviti kemasyarakatan dapat berjalan dengan lancar.

Addendum

6 April 2008- Sebuah lagi majlis maulud telah diadakan pada hari ini oleh Kerala Musliam Jamaat bertujuan untuk memperbetulkan kesilapan yang berlaku. Sebanyak dua ribu lagi bungkusan nasi telah diedarkan pada hari ini. Menurut Presiden Jamaat, lebh dari 100 orang hadir pada majlis kali ini. Menurutnya lagi Naib presiden Jamaat juga telah meminta maaf sekiranya kata-katanya telah menyinggung mana -mana pihak. Presiden Jamaat juga telah merasakan rasa kesalnya tentang kelewatan serta nasi bungkus yang telah rosak tempoh hari.

Sikap mengambil tanggungjawabucuk pimpinan masyarakat terhadap kejadian tempoh hari harus dipuji. Adalah diharap langkah berjaga - jaga  akan diambil unutk mengelakkan kejadian ini dari berulang lagi

Webmaster

 

 

 

Links- based on relevence