Majlis Maulud serta majlis pertandingan memperdengarkan Manqus Maulud anjuran Surau Malabar

25 Mac 2007: Surau Malabar telah menganjurkan sebuah majlis Maulidur rasul serta Majlis pertandingan memperdengarkan Manqus Maulud pada hari ini majlis Majlsi ini teah bermula selepas Solat Zohor dan selesai pada lebih kurang pukul 6.30 petang.

Persediaan untuk majlis ini bermula dari pukul 11 pagi dengan masakan secara gotong royong untuk dimakan pada majlis tersebut dan juga untuk dibungkus dan diedarkan sebagai 'cheerani' untuk majlis tersebut.

Majlis pertandingan memperdengarkan Manqus Maulud telah diadakan selepas Solat Zohor. Ini adalah kali yang kedua pertandingan tahunan ini diadakan . Tujuan majlis ini adalah untuk menggalakkan bacaan maulud ini di kalangan para pemuda  disamping memastikan amalan ni akan dikekalkan ke generasi akan datang disamping merapatkan silatur rahim diantara golongan pemuda melalui aktiviti agama. Para peserta terdiri dari 7 kumpulan  yang terdiri sdari peserta dari Johor, Selangor dan Kuala Lumpur

Pengadil yang mengadili pertandingan ini terdiri dari Ustaz Mustaffa dari Kuanatan dan Tuan Haji Abdul Hamid Bawai dari Kuala Lumpur. Pertandinan berakhir sebelum Asar dengan Kumpulan Al -Ikhwan( Dari KL) menjadi johan-membawa pulangpiala pusingan, piala iringan serta hadiah wang tunai, Kumpulan Syabibul Islam (dari KL) menjadi Naib Johan-membawa pulang piala iringan serta hadiah wang- dan Kumpulan Sg Tiram ( dari Johor) menjadi pemenang tempat ketiga-membawa pulang piala iringan serta hadiah wang. Setiap peserta juga telah diberikan sijil penyertaan.

Majlis diteruskan selepas solat Asar dengan ucapan Tuan Haji Kunhimon , Pengerusi Surau Malabar. Ini diikuti oleh  ceramah agama oleh Ustaz Mustafa, imam surau sendiri. Majlis Maulud telah dijalankan seterusnya diikuti oleh bacaan doa. Setelah itu  pengedaran Nasi cheerani yang diadakan dengan lebiuh 1000 bungkus nasi diedarkan. Majlis bersurai pada lebih kurang pukul 6.30 petang.

Jawatankuasa surau