Maulud Surau Malabar dan Pelancaran Buletin Surau Malabar Hidayatul Islam

1 Mei 2004. Surau Malabar Hidayatul Islam telah mengadakan sebuah majlis Maulud pada hari ini bersamaan 11 Rabiul Awwal 2004, iaitu pada malam hari keputeraan Rasullulah s.a.w. Pada hari ini juga bulletin Surau Malabar yang pertama telah dilancarkan.

Bulan Rabiul Awwal sememangnya merupakan sebuah bulan yang penuh dengan aktiviti di surau ini. Sepanjang bulan ini bacaan Maulud diadakan setiap hari selepas Maghrib. Majlis-majlis anjuran surau ini ditaja secara  individu-individu atau  kumpulan.  Berbagai aktiviti telah berjalan diperkarangan masjid pada hari ini. Persediaan untuk sambutan Maulud anjuran Jamaat pada keesokan harinya menyaksikan sukarelawan dan pekerja membuat persediaan dari pagi lagi. 

Majlis Maulud pada hari ini telah dianjurkan oleh Surau Malabar Hidayatul Islam. Lebih seratus orang anggota  telah menghadiri Majlis tersebut. Majlis  ini  bermula dengan solat  Maghrib diikuti dengan bacaan Maulud Mankus. Majlis  ini diketuai oleh Ustaz Abdul Karim, Ustaz Kunhi Mohamed, Ustaz Abu Bakar dan Ustaz Abdu Musliar. Bacaan surah Yaasin seterusnya  telah disusuli oleh Solat  Isyak dan bacaan Haddad serta doa.

Pelancaran Buletin Surau Malabar telah diadakan dipenghujung bacaan Maulud.ini. Inilah kali pertama buletin seperti ini diadakan diterbitkan oleh surau. Buletin ini bertujuan menyebarkan  kepada anggota masyarakat tentang aktiviti surau disamping menjadi sumber ilmu dan penyatuan masyarakat Malabari. Edisi pertama ini menumpukan kepada pengenalan aktiviti harian surau , jawatankuasa surau dan bahagian pentadbiran ynag baru diwujudkan. Suatu yang menarik dimuatkan dalam edisi kali ini adalah tentang 'Kompang Malabari' atau Aravana yang  bakal diadakan di surau ini. Muka terakhir buletin in imerupakan sebuah orang maklumat diri dan cadangan yang boleh diasingkan dan dikembarikan kepadda AJK surau untuk tindakan susulan.

Majlis hari ini diakhiri dengan makan malam yang disediakan oleh pihak penganjur. beberapa orang anggota masyarakat bermalam di masjid untuk mengambil majlis bacan maulud yang  diadakan sebelum Solat Subuh pagi esoknya memperingati hari dan waktu keputeraan Rasulullah s.a.w.